Petronas Terbuka Malaysia: Rashid Sidek teruja kemunculan semula Lee Zii Jia

Perkara yang lebih penting adalah kesungguhan, disiplin dan komitmen Zii Jia selepas kembali daripada kecederaan besar. - StadiumAstro
BEKAS juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia tiga kali berturut-turut, Datuk Rashid Sidek, teruja melihat Lee Zii Jia kembali beraksi dalam Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Menurutnya, kemunculan semula Zii Jia sudah tentu hadir bersama tekanan, lebih-lebih lagi apabila peminat memenuhi stadium dengan harapan untuk melihat idola mereka menang dalam aksi sulung pada 2026.
Baginya, tekanan sebegini adalah sebahagian daripada kehidupan seorang pemain profesional, namun yang lebih penting adalah kesungguhan, disiplin dan komitmen Zii Jia selepas kembali daripada kecederaan besar.
Walau apa jua keputusan yang dicatatkan dalam Terbuka Malaysia, peminat pasti mahu melihat semangat juang pemain berumur 27 tahun itu dalam misi membina momentum dan mengembalikan prestasi terbaiknya.
"Harapan peminat nak dia menang tinggi.
"Tapi Zii Jia tidak perlu fikir banyak, cuma dia perlu tunjukkan kemampuannya yang sebenar.
"Sebab sekarang ini kita pun tidak tahu tahap persiapannya.
"Sekurang-kurangnya apabila kalah, kita nampak kesungguhannya. Dia kalah melawan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

