awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF 2022: Sejam sebelum sepak mula Malaysia lawan Thailand, hujan mula mencurah

Fareez Azman
Fareez Azman
07/01/2023
11:39 MYT
Piala AFF 2022: Sejam sebelum sepak mula Malaysia lawan Thailand, hujan mula mencurah
Meskipun hujan penyokong dilihat tidak melepaskan peluang beratur untuk memasuki stadium ketika ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejam sebelum perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dengan Thailand berlangsung jam 8.30 malam Sabtu, cuaca mulai hujan seperti diramalkan MetMalaysia sebelum ini.
Namun begitu meskipun hujan, penyokong Harimau Malaya dilihat tidak berganjak beratur untuk memasuki stadium ketika ini.
Dijangka 59,000 penyokong Harimau Malaya bakal memenuhi stadium meskipun kurang 21,000 tempat seperti dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.
Skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Kim Pan Gon itu diramal berdepan tugas getir perlu menggunakan segala kelebihan untuk mencipta kemenangan malam ini.
Tugas berat bakal digalas tonggak penyerang yang juga Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid dibantu Faisal Halim untuk meledakkan gol ke pintu gawang skuad Gajah Perang itu.
Pertahanan Harimau Malaya juga dilihat perlu lebih berhati-hati menidakkan kemaraan skuad Thailand terutamanya pemain sayap berbisa, Bordin Phala.
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Malaysia
#Thailand
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan