KETUA jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, menganggap pemilihan pemain ke Piala AFF 2020 adalah yang terbaik di sebalik pengguguran lima pemain utama yang bebas daripada kecederaan.
Pengumuman senarai 28 pemain semalam sempena kem latihan pusat pertama skuad kebangsaan ke Singapura mencetuskan sensasi apabila beberapa pemain yang kerap mewakili negara sebelum ini tidak berada dalam radar pengendali kebangsaan itu.
Ia membabitkan lima pemain skuad Harimau Selatan iaitu kapten; Farizal Marlias, Matthew Davies, Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Hanapi dan La'Vere Corbin Ong.
"Mereka sudah lama mewakili skuad kebangsaan. Kami tahu kualiti mereka.
"Mungkin juga kerana melalui musim yang agak panjang terutama selepas kempen kelayakan Piala Asia, mereka tidak mendapat rehat atas (komitmen) Liga Juara-Juara Asia dan Piala Malaysia," katanya dalam sidang media semalam.
Cheng Hoe turut menjelaskan mengenai pemilihan pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 34 tahun, Aidil Zafuan, yang kurang minit permainan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
"Kalau dilihat dalam perlawanan menentang Jordan dan Uzbeskitan lalu, dia (membuktikan) masih relevan.
"Walaupun tidak banyak sejak beraksi di Dubai, dia beraksi dan tunjukkan kepimpinan yang baik."
Kem latihan pusat skuad negara akan dijalankan secara berpingkat bermula Isnin depan tatkala pemain yang berpangkalan di luar negara akan terus diterbangkan ke Kota Singa menjelang sepak mula berdepan Kemboja, 6 Disember depan.
Sementara itu, R. Kogileswaran berkobar-kobar untuk meneruskan momentumnya bersama Petaling Jaya City.
"Bukan senang untuk terpilih antara yang terbaik di negara ini.
"Memang sukar untuk merebut tempat ke Piala AFF tapi saya berjanji akan tunjukkan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan dan sedia menunjukkan kebolehan kepada barisan kejurulatihan kebangsaan," katanya yang turut terpilih di samping rakan sepasukan, Darren Lok.
Penjaga gol skuad B-22 negara, Azri Ghani, pula enggan mensia-siakan amanah yang diberikan walaupun perlu berdepan saingan dua senior, Khairul Azhan Khalid dan Khairul Fahmi Che Mat.
"Ini benar-benar rezeki buat saya. Saya tidak menjangkakannya kerana semua tahu situasi Perak.
"Saya tidak akan ambil peluang ini dengan sewenang-wenangnya. Saya harap pemain senior negara boleh beri 100 peratus kepercayaan kepada saya dan saling bekerjasama," katanya.
Astro Arena
Wed Nov 17 2021
TAN: Mungkin juga kerana melalui musim yang agak panjang terutama selepas kempen kelayakan Piala Asia, mereka tidak mendapat rehat atas (komitmen) Liga Juara-Juara Asia dan Piala Malaysia. - Gambar fail
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.