awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Dollah yakin M'sia mampu atasi S'pura, mara ke separuh akhir Sabtu ini

Bernama
Bernama
27/11/2014
01:59 MYT
Piala AFF: Dollah yakin M'sia mampu atasi S'pura, mara ke separuh akhir Sabtu ini
Dollah yakin Malaysia akan layak ke separuh akhir dengan mengalahkan juara bertahan, Singapura pada pertemuan terakhir Kumpulan B.
Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak mahu mengetepikan peluang anak buahnya untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014.
Sebaliknya, beliau yakin mereka akan layak ke separuh akhir dengan mengalahkan juara bertahan, Singapura pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional di sini, Sabtu ini.
Malaysia, yang seri tanpa jaringan dengan Myanmar dan kalah 3-2 kepada Thailand malam tadi, tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Singapura untuk mara ke separuh akhir.
"Perjuangan kami masih belum selesai kerana masih ada satu perlawanan...sekiranya pemain menampilkan prestasi yang sama seperti malam ini, insya-Allah kita tidak mempunyai masalah untukl mengesahkan slot separuh akhir," kata Dollah selepas perlawanan itu.
Thailand sudah mengesahkan slot separuh akhir dengan dua kemenangan dan mengumpul enam mata manakala Singapura mempunyai tiga mata dan Malaysia satu.
Singapura hanya memerlukan keputusan seri ke atas Malaysia untuk mengiringi Thailand ke separuh akhir.
Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir.
Mengenai pertemuan dengan Thailand, Dollah berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain kerana telah menunjukkan permainan terbaik masing-masing dan kealpaan pada minit-minit terakhir perlawanan menjadi punca utama kekalahan itu.
Sementara itu, jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang menyifatkan perlawanan itu sebagai hebat dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pemain yang mempamerkan aksi terbaik masing-masing untuk meraih kejayaan.
Thailand akan melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Myanmar, Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#AFF SUZUKI
#Dollah Salleh
#harimau Malaya
#Malaysia
#Singapura
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan