KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Tan Chen Hoe meminta anak buahnya untuk mengekalkan permainan berdisplin mereka ketika bertemu musuh tradisi Indonesia, pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF di Singapura, Ahad ini.
Cheng Hoe berkata amat penting sekali untuk pasukan kekal fokus di sepanjang perlawanan bertemu Garuda itu dan menasihatkan anak buahnya terus kekal tenang ketika berhadapan situasi getir di provokasi pihak lawan atau ketika berhadapan dengan pengadil.
"Setiap kali pengadil menyalahkan anda, anda akan berasa tidak gembira dan mula membantah. Kadang kala anda akan hilang tumpuan dan benda yang paling teruk anda boleh dibuang padang oleh pengadil.
"Saya sering menasihatkan pemain, yang saya tidak suka melihat mereka mempertikaikan pengadil ataupun pemain lawan. Walau apa pun kita hanya perlu fokus kepada pemainan kita dan cuba bermain dengna baik dalam perlawanan tersebut," katanya dalam sidang media maya hari ini.
Jurulatih berusia 53 tahun itu turut mengingatkan pasukannya bahawa mereka perlu berhati-hati dengan pasukan Indonesia, kerana mereka mempunyai pemain dengan tempo pergerakan yang tinggi dan perlu fokus kepada perubahan permainan daripada bertahan kepada menyerang dan sebaliknya, bagi memecahkan motivasi pasukan di bawah kendalian Korea Selatan Shin Tae-yong.
Bekas jurulatih Kedah itu juga berharap untuk melihat anak buahnya akan menjelmakan semula permainan bertahan yang ditunjukkan dalam dua perlawanan awal menentang Kemboja dan Laos, dan menyempurnakan semua peluang untuk mendapatkan gol ketika bertemu Indonesia.
"Jika kita lihat dalam dua perlawanan awal, Indonesia memang nampak ada kekuatan dan kita akan nilai sejauh mana mereka menentang Vietnam hari ini," katanya.
Dalam masa sama beliau berharap pemainnya tidak akan melayan sebarang provokasi daripada media Indonesia, pada ketika mereka mula menyiarkan berita mengenai perlawanan bertemu Malaysia dalam laporan mereka, dengan mengatakan 'ia perkara biasa setiap kali mereka bertemu Malaysia'.
Sementara itu Cheng Hoe mengesahkan yang tiga pemain iaitu penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid, pemain saya Muhammad Faisal Abdul Halim dan pertahanan Quentin Cheng, akan mula mengikuti latihan petang ini.
Tiga pemain tersebut antara empat diuji positif COVID-19 telah diberikan kebenaran untuk menyertai semula latihan bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B pada Ahad, selepas menerima surat pelepasan dari Kementerian Kesihatan Singapura, semalam.
Seorang lagi pemain Muhammad Akhyar Abdul Rashid pula masih belum menamatkan tempoh 10 hari arahan pengasingan.
Beliau juga gembira untuk melihat keharmonian dalam pasukan kerana mereka telahpun melupakan kekalahan 0-3 kepada juara bertahan Vietnam dan berharap mereka akan bersedia secara mental dan fizikal dalam latihan sebelum pertemuan dengan Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Cheng Hoe berkata amat penting sekali untuk pasukan kekal fokus di sepanjang perlawanan bertemu Garuda itu. - Gambar fail/BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.