PATHUM THANI (Thailand): Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa Harimau Malaya ke final Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022.
Hajat Malaysia tersekat selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini, malam tadi.
Jurulatih dari Korea Selatan itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara dan meminta semua pihak tidak menyalahkan pemain atas kekalahan tersebut.
Katanya, jika ada masalah yang membawa kepada kekalahan pasukan negara, ia perlu ditujukan kepadanya sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya..
"Saya tiada rungutan dan kekesalan, apa yang pemain saya lakukan malam ini - mereka berlari bermati-matian, mereka mengikut arahan saya, mereka berjuang sehingga tamat.
"Semua yang berkaitan adalah keputusan saya (kerana) semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah penentuan saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan anda boleh menyerang saya (tetapi) bukan pemain," katanya pada sidang media pasca perlawanan.
Kemenangan tersebut membolehkan Thailand mara ke final dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Vietnam di Hanoi, Jumaat ini dan final kedua di gelanggang sendiri, Isnin depan.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking merumuskan dua perlawanan separuh akhir yang dilalui Gajah Perang untuk mara ke final sebagai menakjubkan.
"Dua perlawanan separuh akhir yang hebat tetapi saya percaya perlawanan di Malaysia adalah lebih baik untuk kami berbanding hari ini. Secara keseluruhan, dua perlawanan ini lebih baik daripada peringkat kumpulan.
"Kami mendapat gol yang kami perlukan tetapi ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada separuh masa pertama. Tetapi mereka tidak dapat mencipta peluang kerana kami bertahan dengan baik.
"Kami tahu kami tidak boleh membiarkan skuad lawan menjaringkan gol di sini," kata jurulatih berusia 46 tahun itu.
Kemenangan malam tadi menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand menentang Malaysia selepas enam perlawanan sejak 2018.
Thailand merupakan pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak acara sulung pada 1996 selepas muncul juara enam kali dalam sembilan edisi akhir sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Pan Gon memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara dan meminta semua pihak tidak menyalahkan pemain atas kekalahan Harimau Malaya di tangan Thailand malam tadi. - Gambar fail

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
Beliau bagaimanapun menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.

Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.

Kami tidak dapat bertanding tanpa pemain - Pan Gon
Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Thailand dalam separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini malam tadi, sekali gus kalah 1-3 berdasarkan agregat.

Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Sharul Nazeem
Segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual pada Januari 2024.

Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.