awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Misi Harimau Malaya berakhir

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2023
14:31 MYT
Piala AFF: Misi Harimau Malaya berakhir
Malaysia tewas secara agregat 1-3 apabila gagal menggunakan kelebihan satu gol diperoleh pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas. - Gambar/ FB FAM
IMPIAN Harimau Malaya untuk mara ke perlawanan akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 di tangan Gajah Perang pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Thammasat, Bangkok, malam ini.
Malaysia tewas secara agregat 1-3 apabila gagal menggunakan kelebihan satu gol diperoleh pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lepas.
Jurulatih Kim Pan-gon dilihat menggunakan strategi bertahan dengan menurunkan lebih ramai pemain pertahanan untuk memastikan kelebihan satu jaringan sebelum ini dapat dikekalkan.
Namun, Gajah Perang tetap memburu kemenangan dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-18 menerusi jaringan Teerasil Dangda.
Separuh masa pertama berakhir dengan Thailand mengatasi Malaysia 1-0.
Sembilan minit separuh masa kedua bermula, Bordin Phala merobek gawang Harimau Malaya dengan menjaringkan gol kedua Gajah Perang.
Adisak Kraison yang bakal menyarung jersi Terengganu FC menambah luka Harimau Malaya dengan menjaringkan gol ketiga Thailand pada minit ke-70.
Thailand bakal bertemua Vietnam pada perlawanan akhir pada 13 dan 16 Januari nanti.
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Malaysia
#Thailand
#keputusan separuh akhir kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan