awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Antarabangsa Frenz uji kemampuan skuad cilik negara

Bernama
Bernama
27/12/2012
14:01 MYT
Piala Antarabangsa Frenz uji kemampuan skuad cilik negara
Skuad Bawah 15 Tahun Malaysia akan menjadikan saingan bola sepak Piala Antarabangsa Frenz yang bermula esok, sebagai medan bagi menguji kemampuan mereka sebelum menghadapi kelayakan Kejohanan Bawah 16 Tahun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Februari depan.
Tanpa meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan sulung Piala Antarabangsa Frenz itu kerana pemainnya dihimpun dalam masa yang singkat, jurulatih S. Balachandran berharap anak buahnya dapat mempamerkan prestasi terbaik pada kejohanan tersebut.
"Kita akan menjadikan kejohanan ini sebagai medan latihan menjelang kelayakan kejohanan itu nanti," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian kejohanan Piala Antarabangsa Frenz di Kuala Lumpur pada Khamis oleh Presiden Frenz United FC, Datuk Noor Ihsan A. Hamid.
Skuad bawah 15 Tahun Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Frenz United Malaysia, Pilihan Incheon dan Slavia Praha dari Republik Czech.
Selain itu, Kumpulan B terdiri daripada Frenz United Indonesia, Chonburi FC, Bawah 15 Tahun Slovakia dan Persepolis dari Iran.
Kejohanan Piala Antarabangsa Frenz itu akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Stadium Shah Alam dan Stadium Institut Penilaian Negara (Inspen) di Bangi dari 28 Dis hingga 6 Jan depan.
Pertandingan Bawah 15 Tahun itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$103,000 (RM320,000).
Pasukan bawah 15 tahun Malaysia akan bertemu Slavia Praha dalam aksi pembukaan di Stadium MPPJ pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Topic Berkaitan
#afc
#bola sepak
#Piala Antarabangsa Frenz
#Skuad bawah 15 tahun Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan