awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan FMT, Rex Tan mohon maaf terhadap soalan kontroversi ceramah Gaza
Mesyuarat Khas MKT bincang usul dikemuka sayap parti – Asyraf Wajdi
Dapur Digital jana pulangan RM2.5 juta, perkasa komuniti keusahawanan digital - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski

Bernama
Bernama
15/01/2026
21:40 MYT
Piala ASEAN 2026 medium perkasa skuad Harimau Malaya - Cklamovski
Cklamovski berkata, kejohanan itu yang berlangsung di luar jendela antarabangsa FIFA, memberi kelebihan buat pasukan untuk menumpukan usaha membina keupayaan skuad menjelang kejohanan utama akan datang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski percaya penyertaan Malaysia dalam kejohanan Piala ASEAN Hyundai 2026, membuka ruang penting bagi pembangunan dan pengukuhan pasukan kebangsaan.

Ringkasan AI
  • Penyertaan Malaysia dalam Piala ASEAN Hyundai 2026 memberi ruang penting bagi pembangunan pasukan kebangsaan, kata Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
  • Kejohanan di luar jendela FIFA ini membolehkan fokus kepada pembinaan keupayaan skuad, memperkokoh persediaan ke arah Sukan SEA 2027 di Malaysia.
  • Malaysia diundi bersama Thailand dalam Kumpulan B; bersaing dengan Filipina, Myanmar, dan Laos, selepas kekalahan 0-1 kepada Thailand pada edisi 2024.

Beliau berkata, kejohanan itu yang berlangsung di luar jendela antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), memberi kelebihan buat pasukan untuk menumpukan usaha membina keupayaan skuad menjelang kejohanan utama akan datang.
"Piala ASEAN memberikan peluang pembangunan yang penting untuk kami.
"... ia akan membolehkan kami fokus kepada pembinaan keupayaan, memberikan pemain antarabangsa yang sedang meningkat pengalaman dan memperkuat haluan pasukan negara dalam mempersiapkan diri untuk kejohanan utama, termasuk Sukan SEA 2027 di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan Harimau Malaya, Malaysia NT.
Terdahulu, Malaysia diundi bersama Thailand bagi saingan peringkat kumpulan, yang dijadual berlangsung dari 24 Julai hingga 26 Ogos ini.
Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan B bersama tujuh kali juara Thailand, satu undian yang memberi peluang kepada pasukan negara untuk menebus kekalahan 0-1 kepada gajah perang itu di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada edisi 2024.
Susunan Kumpulan B diumumkan semasa majlis undian rasmi bagi edisi ke-16 kejohanan itu, yang diadakan di Jakarta hari ini.
Malaysia, yang pernah menjuarai kejohanan ini sekali pada 2010, juga akan berdepan Filipina yang lima kali muncul di separuh akhir, Myanmar (dua kali separuh akhir) dan Laos.
Sementara itu, juara bertahan Vietnam, ditempatkan dalam Kumpulan A bersama empat kali juara Singapura, enam kali naib juara Indonesia, Kemboja dan pemenang perlawanan "playoff" antara Brunei dan Timor-Leste.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#harimau Malaya
#Sukan SEA
#Peter Cklamovski
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan