awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola

Astro Arena
Astro Arena
19/04/2024
00:30 MYT
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Indonesia cemerlang melakar kemenangan 1-0 berdepan pasukan gergasi Asia, Australia, dalam saingan Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, malam tadi.
INDONESIA cemerlang melakar kemenangan 1-0 berdepan pasukan gergasi Asia, Australia, dalam saingan Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, malam tadi.
Australia berpeluang menghukum Indonesia pada awal separuh masa pertama selepas sepakan penalti diberikan pada minit ke 23 selepas bola terkena tangan Komang Teguh.
Tetapi penjaga gawang Indonesia kelahiran Semarang, Ernando Ari, berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil oleh Mohamed Toure justeru menjadi pemangkin semangat buat skuad Garuda Muda untuk bangkit dengan jaringan tunggal Indonesia hadir pada minit ke 45 perlawanan melalui pemain pertahanan, Komang Teguh.
AFC U23 ASIAN CUP 2024 | Group A
FT: Australia 0 - 1 Indonesia#AFC #AFCU23 pic.twitter.com/Ay2l5Uwuf3
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 18, 2024
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan negara jiran itu mudah mematahkan serangan demi serangan yang diatur pasukan lawan.
Kemenangan itu sekali gus membuka peluang buat Indonesia melangkah ke peringkat seterusnya dengan kini berada pada kedudukan kedua dalam Kumpulan A. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Asia B-23
#Indonesia
#Australia
#Stadium Antarabangsa Khalifa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan