awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Iran pening kepala pilih kesebelasan utama

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2024
04:33 MYT
Piala Asia: Iran pening kepala pilih kesebelasan utama
Iran mempamerkan aksi hebat menentang UAE di peringkat kumpulan, menjinakkan pasukan itu 2-1 tetapi terpaksa menewaskan Syria dalam penentuan sepakan penalti di peringkat kalah mati.- Gambar fail/Reuters
IRAN mempunyai apa yang diperlukan untuk mengalahkan juara bertahan Qatar, apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam separuh akhir Piala Asia pada Rabu (11 malam waktu Malaysia) tetapi pasukan itu berdepan dilema pemilihan kesebelasan utama.
Team Melli sebelum ini mempamerkan aksi tidak konsisten dalam saingan peringkat kumpulan dan kalah mati.
Situasi itu mungkin berbahaya dalam perlawanan penting menentang Qatar, dengan Iran berpeluang mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 48 tahun.
Iran menewaskan Palestin 4-1 tetapi memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Hong Kong dalam Kumpulan C.
Skuad kendalian Amir Ghalenoei juga mempamerkan aksi hebat menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di peringkat kumpulan, menjinakkan pasukan itu 2-1 tetapi terpaksa menewaskan Syria dalam penentuan sepakan penalti di peringkat kalah mati.
Di suku akhir pula, Iran mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan juara empat kali, Jepun dengan kemenangan 2-1.
“Pada pendapat saya, Iran mempunyai senjata untuk menundukkan tuan rumah dan juara bertahan Qatar tetapi saya percaya Amir (Ghalenoei) berdepan dilema untuk meletakkan siapa yang bakal mengetuai jentera serangan Iran.
“Ini kerana pengganti penyerang utama, Mehdi Taremi dan Ehsan Hajisafi iaitu Mohammad Mohebbi serta Milad Mohammadi beraksi cukup baik ketika menentang Jepun,” kata kolumnis Tehran Times, Masoud Hossein.
Mengulas lanjut, Masoud berkata, dalam perlawanan menentang Jepun, Amir terpaksa menukar barisan pemain dan ia antara punca Iran menang perlawanan itu.
“Mohammad dan Milad membalas kepercayaannya. Dia kini perlu memilih barisan terbaik untuk perlawanan menentang Qatar.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#Iran
#Qatar
#final
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan