DOHA: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan Jepun Takumi Minamino berkata kemenangan ke atas Vietnam mencetus semangat kepada pasukannya untuk melakar kejuaraan dalam kejohanan Piala Asia 2023, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Perlawanan itu berlangsung di Stadium Al Thumama pada Ahad yang menyaksikan Jepun menundukkan Vietnam 4-2 untuk perlawanan Kumpulan D.

Dalam aksi menentang Vietnam itu Minamino menyumbangkan dua gol.

Beliau berkata kejayaan pasukan itu lebih penting buat dirinya berbanding pencapaian peribadi seperti memperoleh gelaran penjaring terbanyak atau diiktiraf sebagai pemain terbaik kejohanan.

-- BERNAMA