awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Kekalahan Harimau Malaya dalam aksi pertama tidak wajar dihukum

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
16/01/2024
03:45 MYT
Piala Asia: Kekalahan Harimau Malaya dalam aksi pertama tidak wajar dihukum
Kekalahan Harimau Malaya dalam pertemuan bersama Jordan itu merupakan indikasi dan realiti yang perlu diterima apabila sudah lama skuad negara tidak beraksi di gelanggang terbesar bola sepak Asia. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Prestasi Pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan pertama Piala Asia 2023 pada Selasa tidak wajar dihukum oleh mana-mana pihak.
Sebaliknya, pengulas sukan Astro Arena, Aiman Roshizam berpendapat, kekalahan dalam pertemuan bersama Jordan itu merupakan indikasi dan realiti yang perlu diterima apabila sudah lama skuad negara tidak beraksi di gelanggang terbesar bola sepak Asia.
"Perlawanan malam tadi adalah satu bentuk indikasi yang kita boleh melakukan sesuatu tapi ketiga-tiga lawan itu agak terlalu kuat sehinggakan melihat kepada bagaimana (lawan) menghukum kita hanya dengan sekecil kesilapan.
"Kita hanya melakukan kesilapan dalam tempoh beberapa minit itu sahaja yakni 30 minit pertama tetapi dalam tempoh itu Jordan menunjukkan betapa terlalu lamanya kita tidak dapat untuk menyesuaikan diri dengan permainan," katanya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Menurut beliau meskipun Malaysia diletakkan di dalam kumpulan pasukan 'maut' sehingga menggoyahkan harapan untuk mara ke-16 kumpulan terbaik kejohanan, namun, semangat juang yang dipamerkan oleh pemain dan kejayaan layak secara merit wajar diraikan.
Tambahnya, ketika ini bukan soal pungutan mata semata-mata, namun peluang untuk melayakkan diri ke kejohanan besar mendatang dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasukan 'regular' di kejohanan itu.
Ditanya berkenaan reaksi rakyat Malaysia yang hampa dengan perlawanan pertama bersama Jordan terutamanya di media sosial, seorang lagi pengulas sukan Astro Arena, Faiz Gurun berpendapat, reaksi umpama cacian dan makian itu juga adalah satu bentuk sokongan dan membuktikan rakyat 'ambil peduli' terhadap perjalanan boleh sepak negara.
"Tapi saya rasa itu sebahagian daripada bentuk sokongan… semua orang boleh menyatakan cinta semata-mata, ada yang menyatakan cinta melalui makian atau cacian dan pendapat.
“Bagi saya itu part and parcel. Yang penting ambil peduli. Orang ambil peduli tentang bola sepak, kalau tak sayang, takkan komen, buat apa mereka komen kalau tak sayang," kata Faiz lagi.
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#harimau Malaya
#Malaysia kalah pada Jordan
#Kim Pan Gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan