awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Terlalu buka peluang kepada lawan punca skuad B-23 kalah - Maloney

Bernama
Bernama
03/06/2022
08:35 MYT
Piala Asia: Terlalu buka peluang kepada lawan punca skuad B-23 kalah - Maloney
Maloney berkata pada babak pertama, anak buahnya mempersembahkan disiplin luar biasa sehingga menyukarkan pihak lawan untuk membolosi gol pasukan negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kekalahan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan kepada Korea Selatan pada aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan, semalam berpunca daripada sikap pemain yang terlalu membuka peluang buat pasukan lawan.
Perkara itu diakui pengendali skuad B-23 Brad Maloney, yang pada masa sama tetap berbangga dengan usaha keras anak buahnya kerana sudah menjangkakan perlawanan sukar menentang juara bertahan.
Maloney berkata pada babak pertama, anak buahnya mempersembahkan disiplin luar biasa sehingga menyukarkan pihak lawan untuk membolosi gol pasukan negara.
"Saya boleh berbangga dengan persembahan pemain tapi kita terlalu memberi mereka (Korea Selatan) peluang dan akhirnya mereka menghukum kita," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Lokomotiv, Tashkent, semalam.
BACA: Korea Selatan terlalu handal buat anak buah Maloney
Pengendali dari Australia itu berkata, memasuki babak kedua perlawanan, skuad negara menukar corak permainan dan nyata ia membuahkan hasil apabila ketua pasukan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi berjaya menjaringkan gol.
Mengenai pertemuan dengan Thailand, Ahad ini, Maloney berkata beliau akan mengkaji semula corak permainan skuad negara yang sebelum ini berjaya menumpaskan lawan sama semasa Sukan SEA, Hanoi di Vietnam.
Malaysia yang pernah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 di China akan menamatkan saingan kumpulan dengan menentang pemenang pingat emas Sukan SEA ke-31, Vietnam pada 8 Jun bagi merebut dua tempat teratas untuk mara ke pusingan suku akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad B-23
#Korea Selatan
#Piala Asia
#Uzbekistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan