DOHA: Peminat bola sepak dari Arab dilaporkan menjauhi wartawan Israel ketika cubaan menemu bual mereka di Doha.
Memetik Reuters, situasi ‘dingin’ dari peminat bola sepak menggambarkan cabaran dihadapi oleh warga media Israel meskipun negara itu dalam cubaan menjalin hubungan baik dengan beberapa Negara Teluk.
Terdahulu, jurucakap Israel menyuarakan harapan Perjanjian Abraham yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada tahun 2020 termasuk Sudan dan Maghribi, akan mendorong normalisasi lanjut.
Percubaan temu bual oleh wartawan dari penyiar awam KAN dan Channel 12 TV bersama peminat bola sepak Arab dilihat ‘dingin’ dan didakwa mereka kebanyakannya langsung tidak dilayan.
Rakaman yang tersebar dalam talian menunjukkan dua peminat Arab Saudi, seorang dari Qatar dan tiga peminat Lubnan melarikan diri daripada wartawan Israel.
Selain itu, wartawan Channel 13 memberitahu, peminat Palestin mengadakan protes spontan di sebelahnya sambil mengibarkan bendera dan melaungkan "pergi balik!".
Qatar tidak mengiktiraf Israel secara rasmi, sebaliknya menyokong kedaulatan Palestin. Namun begitu, Qatar membenarkan penerbangan terus dari Tel Aviv untuk peminat menyaksikan Piala Dunia serta delegasi diplomat Israel untuk mengendalikan logistik.
Sementara itu, jurucakap delegasi berkata, tiada laporan layanan buruk terhadap kira-kira 10,000 hingga 20,000 peminat Israel. Namun beliau mengakui 'beberapa insiden' melibatkan media Israel.
Seorang warga Arab Saudi Khaled al-Omri, yang bekerja dalam industri minyak dan kini berada di Qatar menyokong pasukan kelahirannya memberitahu Reuters beliau berharap laluan penerbangan Tel Aviv-Doha tidak menjadi laluan penerbangan kekal.
"Sudah tentu kebanyakan negara di dunia Arab menuju ke arah normalisasi tetapi itu kerana kebanyakan tidak mempunyai pemimpin yang mendengar suara rakyat mereka," katanya.
Faida Rahim
Tue Nov 22 2022
Percubaan temubual oleh wartawan dari penyiar awam KAN dan saluran televisyen 12 bersama peminat bola sepak Arab dilihat dingin dan didakwa mereka kebanyakannya langsung tidak dilayan. - REUTERS/Hamad I Mohammed
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.