awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia 2022: Presiden FIFA percaya bola sepak akan menyatukan dunia

Bernama
Bernama
16/11/2022
09:06 MYT
Piala Dunia 2022: Presiden FIFA percaya bola sepak akan menyatukan dunia
Bola sepak bukan sekadar sukan, ia mempunyai kuasa "magis unik" dalam menyatukan orang ramai, kata Presiden FIFA Gianni Infantino. - Foto AP
BALI (Indonesia): Bola sepak bukan sekadar sukan, ia mempunyai kuasa "magis unik" dalam menyatukan orang ramai, kata Presiden FIFA Gianni Infantino dalam temu bual eksklusif dengan Xinhua menjelang Piala Dunia FIFA 2022.
Semasa menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Bali, Indonesia, Infantino meminta para pemimpin dunia supaya mengetepikan ketegangan dan konflik, sebaliknya menikmati acara bola sepak empat tahun sekali itu yang dijadualkan berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis di Qatar.
"Piala Dunia sepatutnya menjadi acara kegembiraan dan perpaduan. Ia sepatutnya menghantar mesej harapan.
"Bola sepak juga merupakan aktiviti ekonomi yang penting dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global bernilai ratusan bilion dolar AS, mewujudkan berjuta-juta pekerjaan dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi. "Ia membabitkan pertumbuhan ekonomi," kata Infantino.
Infantino menjangkakan Piala Dunia FIFA di Qatar akan ditonton oleh lima bilion orang, lebih separuh daripada penduduk dunia.
Mengenai rancangan China untuk membida tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA pada 2031, Infantino berkata langkah itu serta penglibatan China dalam kelab bola sepak dan bola sepak remaja, membantu menangani ketidakseimbangan serantau dalam pembangunan bola sepak dan penting untuk pembangunan sukan itu secara menyeluruh.
"China perlu memain peranan penting dalam pertumbuhan bola sepak. Pembidaan dalam acara penting perlu menjadi elemen yang dapat mengembangkan lagi kepesatan bola sepak wanita atau lelaki di China," katanya.
Beliau berkata FIFA telah membincangkan kaedah membudayakan bola sepak di China supaya remaja lelaki dan perempuan berazam untuk menjadi pemain bola sepak dan mengajar mereka semangat berpasukan dan menghormati antara satu sama lain.
"Bola sepak menyentuh emosi orang ramai. Ia mengenai semangat dan keterangkuman," kata Infantino.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#qatar 2022
#bola sepak
#Presiden FIFA Gianni Infantino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan