awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Gimenez selamatkan ego Uruguay berdepan Mesir

Israr Khalid
Israr Khalid
15/06/2018
14:30 MYT
Piala Dunia: Gimenez selamatkan ego Uruguay berdepan Mesir
Gimenez (lima dari kiri) melompat tinggi untuk menanduk jaringan kemenangan Uruguay. -Reuters
Perlawanan hampir berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun penyudah yang tidak disangka-sangka muncul juga di saat-saat akhir.
Pertembungan kedua dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di Ekaterinburg Arena pada Jumaat malam berkesudahan dengan kemenangan tipis 1-0 Uruguay ke atas Mesir.
Sepanjang 90 minit perlawanan, jentera peledak Uruguay melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Mesir.
Biarpun dikepalai bintang ternama Barcelona, Luis Suarez dan tonggak Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, kehebatan mereka gagal meruntuhkan keutuhan benteng Mesir.
Barisan pertahanan The Pharaohs lebih kemas berbanding serangannya yang tidak diperkuat ayam tambatan, Mohamed Salah yang hanya memanaskan bangku simpanan.
Penjaga gol, Mohamed Elshenawy cukup cemerlang menafikan percubaan demi percubaan daripada Uruguay, namun ia hanya bertahan sehingga minit ke-89.
Edinson Cavani melengkungkan bola sepakan percuma menewaskan Elshenawy tetapi sekadar menghentam palang sebelum satu lagi sepakan percuma untuk La Celeste dekat sudut kanan padang.
J.M. Gimenez akhirnya muncul penyelamat ego juara dua kali apabila melompat tinggi menanduk bola sepakan percuma itu, dan empat minit masa tambahan tidak cukup untuk Mesir menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Meskipun kecemerlangan Elshenawy gagal sepenuhnya menyelamatkan aksi pertama Mesir di pentas pusingan akhir Piala Dunia sejak 1990, penjaga gol berusia 29 tahun itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Uruguay kini berada di tempat kedua Kumpulan A di bawah tuan rumah, Rusia yang mendahului dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas membenam Arab Saudi 5-0 semalam.
Topic Berkaitan
#Awani FIFA
#Elshenawy
#Kumpulan A
#Luis Suarez
#Paris Saint-Germain
#Piala Dunia
#PSG
#Raya Bola 2018
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan