awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia ISTAF: Malaysia terus kempunan, tewas kepada Thailand

Bernama
Bernama
29/11/2022
22:30 MYT
Piala Dunia ISTAF: Malaysia terus kempunan, tewas kepada Thailand
Skuad sepak takraw negara bergambar bersama regu Thailand selepas mengakhiri cabaran Piala Dunia ISTAF 2022 dengan status naib juara. - Foto Malaysia SepakTakraw Federation/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara terus kempunan untuk merangkul pingat emas acara regu lelaki selepas tewas 0-2 kepada juara bertahan, Thailand dalam aksi final Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) 2022, pada Selasa.
Pada pertembungan berlangsung di Kompleks Sukan Daejon Hanbat, Korea Selatan itu, skuad negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Mohammad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir bermula dengan langkah kiri apabila tunduk 18-21 pada set pertama.
Di set kedua, skuad negara terus hampa apabila tewas 19-21 kepada skuad Gajah Putih yang membariskan Kritsanapong Nontakote, Thawisak Thongsai dan Yodsawat Uthaijaronsri.
Piala Dunia ISTAF kali pertama di Kuala Lumpur pada 2011 menyaksikan Thailand yang dibarisi Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee menewaskan Noor Azman Hamid, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam, 15-4, 15-6, 15-11.
Skuad Gajah Putih terus melebarkan penguasaan apabila gandingan Kritsanapong Nontakote, Jirasak Pakbuangoen dan Rachan mempertahankan gelaran dunia di Hyderabad, India pada 2017 setelah mengatasi Mohammad Syahir, Mohd Norhafizi Abdul Razak dan Farhan Adam 21-19, 23-21.
Piala Dunia ISTAF tidak dapat dilangsungkan pada 2014, selain dari 2018 hingga 2021 termasuk akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#Piala Dunia ISTAF
#Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan