SUKAN
Piala Dunia Kelab: Chelsea belasah Benfica dalam perjalanan ke suku akhir

Christopher Nkunku (tengah) menerima ucapan tahniah dari rakan-rakan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Kelab antara Benfica dan Chelsea di Charlotte, North Carolina, 28 Jun 2025. (Foto AP)
CHELSEA mara ke suku akhir apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Benfica dalam saingan Piala Dunia Kelab.
Kedua-dua pasukan memburu kemenangan untuk menempah tiket ke suku akhir. Ini juga buat peluang buat The Blues mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Benfica sejak 2013.
Separuh masa pertama gagal menghadirkan sebarang gol buat kedua-dua pasukan apabila tanpa 45 minit pertama dengan keputusan 0-0.
Saat yang dinanti-nanti peminat The Blues hadir pada minit ke-64 menerusi kapten, Reece James. Sepakan percuma James berjaya melepasi benteng Benfica sebelum menerjah jaring.Liam Delap menyangka telah menggandakan kelebihan The Blues pada minit ke-80 namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Bank of America, Charlotte kemudiannya ditangguhkan hampir 100 minit. Ini disebabkan cuaca ribut yang berlaku sekitar Charlotte.
Selepas pemain kedua-dua pasukan memanaskan badan selama tujuh minit, perlawanan kemudiannya disambung semula pada minit ke-86.
Chelsea kemudiannya bernasib malang apabila pengadil memberi sepakan penalti kepada Benfica pada minit akhir babak kedua. Ini selepas VAR mengesan bola terkena tangan Malo Gusto.
Di Maria tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez. Keputusan 1-1 pada akhir perlawanan menyebabkan perlawanan diheret ke masa tambahan.
The Eagles kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain. Ini selepas Gianluca Prestianni mengutip kad kuning kedua.
Chelsea menambah dua lagi gol menerusi Neto dan Kiernan Dewsbury-Hall pada minit ke-114 dan 117. Itu memastikan Chelsea meraih kemenangan 4-1 selepas 120 minit.
Keputusan ini menyaksikan The Blues akan berdepan Palmeiras di peringkat suku akhir. Palmeiras mara selepas menyingkirkan Botafogo dalam satu lagi aksi pusingan 16.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami