awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Aksi pemain Maghribi Achraf Hakimi kucup ibu tarik perhatian dunia

Faida Rahim
Faida Rahim
08/12/2022
11:39 MYT
Piala Dunia Qatar: Aksi pemain Maghribi Achraf Hakimi kucup ibu tarik perhatian dunia
ACHRAF: "Mereka sanggup menderita untuk saya. Mereka rela berkorban supaya saya dapat berlatih dan bermain bola sepak".- Foto Sinar Harian
MAGHRIBI: Kucupan pemain pertahanan Maghribi, Achraf Hakimi kepada ibunya selepas pasukan itu mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia Qatar menarik perhatian dunia.
Pemain bola sepak berusia 24 tahun itu dilihat memeluk dan mencium ibunya di tempat duduk penonton.
Memetik Al-Jazeera Qatar, Achraf juga tidak pernah malu berkongsi dengan peminat di seluruh dunia bahawa ibunya bekerja sebagai pembantu rumah manakala bapanya merupakan seorang penjual di jalanan.
“Saya tidak pernah malu untuk bercakap tentang keluarga saya. Ayah (Hassan Hakimi) saya adalah penjual jalanan dan ibu (Saida) saya bekerja sebagai pembantu rumah.
“Mereka sanggup menderita untuk saya. Mereka rela berkorban supaya saya dapat berlatih dan bermain bola sepak,” kata Hakimi.
Ini bukan kali pertama Achraf mencium ibunya pada Piala Dunia 2022, sebelum ini dia pernah mengucup ibunya selepas perlawanan kemenangan Maghribi menentang Belgium.
Achraf kini tersenarai sebagai pemain hebat yang bermain dengan banyak kelab terkemuka dunia. Walaupun sudah berkeluarga, Achraf tidak pernah melupakan ibunya.
Bersama isteri, Saida turut dibawa mengikutinya ke Qatar selepas jurulatih, Walid Regragui dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa membuka peluang kepada para pemain membawa ahli keluarga yang dipilih.
Achraf pernah mewakili Maghribi di pelbagai peringkat sebelum membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2016 pada usia 17 tahun.
Achraf juga dinamakan dalam skuad Maghribi untuk Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022 dan Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan 2021.
Topic Berkaitan
#FIFA
#Achraf Hakimi
#Piala Dunia 2022
#cium ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan