SPORTS
Piala Dunia Qatar: Costa Rica kejutkan Jepun, saingan Kumpulan E kembali terbuka

Jepun merupakan pasukan yang lebih cemerlang, terutama sekali dalam separuh masa kedua, tetapi Costa Rica mendahului menerusi percubaan pertama mereka dalam kejohanan kali ini. - Gambar/ Stadium Astro
COSTA Rica berjaya mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 dalam saingan Piala Dunia Qatar sekali gus membuka semula persaingan peringkat Kumpulan E.
Perlawanan yang hambar di antara kedua-dua pasukan yang beraksi di Stadium Ali Bin Ahmad itu kelihatan bakal menjadi perlawanan keenam yang beraksi dengan keputusan tanpa jaringan sebelum Keysher Fuller melencong bola mengatasi penjaga gol Jepun, Yeltsin Tejeda, ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Jepun merupakan pasukan yang lebih cemerlang, terutama sekali dalam separuh masa kedua, tetapi Costa Rica mendahului menerusi percubaan pertama mereka dalam kejohanan kali ini.
Stadium Astro
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi tiga mata menjelang perlawanan terakhir, dengan Jerman kini berpeluang untuk ke peringkat kalah mati dengan kemenangan ke atas Costa Rica dalam aksi terakhir walau apa jua keputusan ketika bertemu Sepanyol. - Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami