awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: FIFA denda Croatia gara-gara penyokong ejek penjaga gol Kanada

Astro Arena
Astro Arena
08/12/2022
04:17 MYT
Piala Dunia Qatar: FIFA denda Croatia gara-gara penyokong ejek penjaga gol Kanada
Penyokong Croatia mengejek penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar baru-baru ini. - Stadium Astro
CROATIA didenda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara tindakan penyokongnya mengejek penjaga gol Kanada, Milan Borjan, sewaktu perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar baru-baru ini.
Dilahirkan di Knin, Croatia, Borjan beretnik Serb dan berpindah ke Belgrade pada 1995 sewaktu 'Operation Storm' -- perjuangan Croatia dalam mendapatkan kemerdekaan mereka.
Dia kemudian berpindah ke Kanada dan kini mewakili negara itu di peringkat antarabangsa, walaupun menghabiskan kebanyakan kariernya di Serbia.
Sewaktu kemenangan 4-1 Croatia ke atas Kanada, satu kain rentang dinaikkan dengan tulisan "Knin '95 -- tiada apa berlari seperti Borjan" selain ejekan jelik turut dilaporkan berkumandang dan ditujukan kepada penjaga gol itu.
Selepas perlawanan itu, Borjan menganggap ejekan berkenaan sebagai 'primitif' sambil FIFA pula mengumumkan bahawa mereka sudah membuka siasatan terhadap perkara berkenaan.
Prosiding tatatertib FIFA kemudian memutuskan bahawa Persekutuan Bolasepak Croatia didenda sebanyak CHF50,000 (RM233,818) sebagai hukuman terhadap kelakuan penyokong mereka.
Satu kenyataan yang dikeluarkan FIFA berkata: "Persekutuan Bolasepak Croatia telah didenda sebanyak CHF50,000 kerana pelanggaran yang berkaitan dengan artikel 16 Kod Tatatertib FIFA (penggunaan perkataan dan objek untuk menghantar mesej yang tidak sesuai dalam acara sukan) berhubung tingkah laku penyokong mereka semasa perlawanan Croatia menentang Kanada dalam Piala Dunia FIFA pada 27 November lalu." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Croatia didenda
#FIFA
#Milan Borja
#Piala Dunia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan