awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha

Faida Rahim
Faida Rahim
18/12/2022
09:00 MYT
Piala Dunia Qatar: Presiden Perancis Emmanuel Macron, isteri kini di Doha
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte tiba di Doha, Qatar untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. - Qatar News Agency
DOHA: Menjelang Piala Dunia 2022, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte tiba di Doha pada Sabtu, Qatar untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.
Memetik laporan BBC, mereka diiringi delegasi personaliti sukan, termasuk pengadil Stephanie Frapport yang turut menjadi wanita pertama mengendalikan perlawanan Piala Dunia lelaki.
Pada sidang kemuncak Eropah di Brussels Khamis lalu, Macron berkata beliau kekal dengan pendirian menyokong pasukan Perancis.
“Saya fikir rakyat Perancis juga begitu, akan beri sokongan penuh,” katanya kepada AP.
Macron yang berusia 44 tahun juga merupakan bekas pemain bola sepak pasukan sekolah pentadbiran elit Perancis (ENA) pada tahun 2000-an ini turut hadir semasa Piala Dunia di Rusia pada 2018 yang dimenangi Perancis.
Ini merupakan lawatan kedua presiden Perancis itu ke Qatar dalam tempoh empat hari. Memenuhi janji yang telah dibuat di awal permulaan Piala Dunia 2022, beliau berjanji akan hadir menyaksikan pasukan Perancis sekiranya layak ke peringkat separuh akhir dan akhir.
Namun begitu, terdapat beberapa kritikan terhadap Presiden Macron daripada komuniti yang mengambil berat tentang rekod hak asasi manusia di Qatar.
Dalam masa sama, selepas pasukan Perancis berjaya menempa tempat di perlawanan akhir, kritikan itu dilihat semakin berkurangan.
Untuk rekod, ini adalah perlawanan akhir keempat Perancis dalam tujuh Piala Dunia. Antara statistik yang dikagumi apabila Perancis tidak berjaya dikalahkan dalam 10 perlawanan terakhir Piala Dunia menentang pasukan Amerika Selatan. Kekalahan terakhir mereka adalah pada tahun 1978 menentang pasukan Argentina.
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Piala Dunia 2022
#Doha
#Pasukan Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan