MANCHESTER United memperoleh peluang keemasan untuk layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) selepas diundi untuk berdepan pasukan Divisyen Empat, Colchester United, di peringkat suku akhir.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu menewaskan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge awal pagi semalam dan akan berdepan lawan di ranking paling rendah dalam kejohanan itu.
Manchester City pula, yang menewaskan Southampton 3-1 dalam pusingan sebelumnya, turut memiliki peluang sama untuk membuka laluan bagi skuad kendalian Pep Guardiola itu menjulang kejuaraan buat tahun ketiga berturut-turut.
Juara bertahan itu akan bertandang ke laman Oxford United, yang menduduki tangga kelima Liga Satu (Divisyen 3), di Stadium Kassam.
Dua pertemuan lain pula akan melibatkan empat pasukan daripada Liga Perdana Inggeris.
Liverpool diundi untuk berdepan Aston Villa selepas menewaskan Arsenal dalam penentuan sepakan penalti manakala Everton kendalian Marco Silva akan menantikan kunjungan Leicester City di Goodison Park.
Keempat-empat perlawanan suku akhir itu akan berlangsung 16 Disember ini.
Buat juara Eropah, Liverpool, yang akan beraksi dalam Piala Dunia Kelab di Qatar dua hari kemudian, pasti akan terbeban dengan jadual perlawanan yang padat.
Pengendali The Reds, Jurgen Klopp, bercadang untuk memboikot perlawanan itu sekiranya masalah mengenai jadual padat itu tidak dapat diselesaikan.
"Jika mereka tidak dapat mencari kedudukan terbaik buat kami, bukan jam 3 pagi pada hari Krismas, kami tidak akan beraksi," kata Klopp selepas pasukannya terikat 5-5 dengan Arsenal dalam 90 minit sebenar.
"Mereka perlu membuat keputusan. Anda perlu memikirkan mengenai perkara ini."
Perlawanan suku akhir Piala EFL:
Oxford United lwn Manchester City
Manchester United lwn Colchester United
Aston Villa lwn Liverpool
Everton lwn Leicester City
Astro Arena
Fri Nov 01 2019
Pemain Manchester United meraikan kejayaan selepas gol kedua mereka pada perlawanan Piala Liga Inggeris antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge, London, 30 Okt, 2019. (Foto AP)
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.