awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala EFL: Wenger bidas pemain, kecewa gagal ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
01/12/2016
05:30 MYT
Piala EFL: Wenger bidas pemain, kecewa gagal ke separuh akhir
WENGER: "Saya tidak menyesali pemilihan pemain tetapi saya kecewa kerana kami tewas dalam perlawanan ini." - Gambar fail
ARSENE Wenger berkata Arsenal dilihat seperti tidak mampu melakar jaringan selepas menyaksikan pasukan kendaliannya tewas 2-0 kepada Southampton dalam aksi suku akhir Piala EFL pada Rabu.
Gol oleh Jorday Clasie dan Ryan Bertrand mengesahkan kemenangan The Saints yang bakal beraksi di peringkat separuh akhir buat kali pertama selepas 30 tahun.
Wenger membuat 10 pertukaran daripada skuad yang melakar kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth, Ahad lalu, namun jelas tindakan itu memakan diri tatkala Arsenal tewas kali kedua musim ini.
"Pemain tidak segera cuba melakukan serangan pada babak pertama, sekaligus menjadi punca kami bolos dua kali," jelas pengendali kelahiran Perancis itu.
"Saya tidak menyesali pemilihan pemain tetapi saya kecewa kerana kami tewas dalam perlawanan ini."
Sementara itu, pengendali Southampton, Claude Puel, mengakui teruja dengan persembahan mantap daripada anak buahnya meskipun membuat lapan perubahan daripada kesebelasan utama.
"Saya akan menikmati kemenangan ini bersama barisan penyokong. Kami berjaya menepati objektif awal, iaitu melangkah ke separuh akhir," jelas Puel.
"Kami beraksi dengan baik, jadi berjaya mara ke peringkat seterusnya sangat penting buat kami. Kini kami akan beraksi di peringkat separuh akhir."
Southampton bakal berdepan Liverpool dalam aksi seterusnya, di mana mereka tewas 6-1 dalam edisi musim lalu.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Arsene Wenger
#Piala EFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan