awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Emas: Mexico kalahkan Amerika Syarikat

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
08/07/2019
07:22 MYT
Piala Emas: Mexico kalahkan Amerika Syarikat
Mexico memenangi Piala Emas kelapan selepas menewaskan Amerika Syarikat pagi tadi. - Foto AP/Nam Y. Huh
PASUKAN bola sepak lelaki Amerika Syarikat (AS) gagal menyamai pencapaian skuad wanita negara itu apabila tumpas kepada Mexico 1-0 pada final Piala Emas CONCACAF di halaman sendiri.
Beberapa jam selepas skuad wanita AS menang Piala Dunia di Perancis, pasukan bola sepak lelaki gagal menyaingi Mexico apabila Jonathan Dos Santos menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73.
Ia merupakan kejuaraan kelapan Piala Emas buat Mexico, mengatasi AS yang memenanginya sebanyak enam kali.
Bintang pasukan itu, Christian Pulisic dan kapten pasukan, Weston McKennie meninggalkan stadium tanpa memberi sebarang komen kepada wartawan.
Jonathan Dos Santos meraikan gol yang dijaringkannya menentang Amerika Syarikat. - Foto AP/Nam Y. Huh
Kekalahan ini satu tamparan kepada usaha AS untuk bangkit semula selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.
Walaupun skuad El Tri beraksi tanpa tiga penyerang utama, mereka menguasai 58% permainan, membuat 20 percubaan berbanding 10 dibuat AS.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Christian Pulisic
#CONCACAF
#El Tri
#Jonathan Dos Santos
#Mexico
#Piala Emas
#Weston McKennie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan