awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2025
02:40 MYT
Piala FA: Amorim lega Manchester United pamer kemajuan
Reaksi Manchester United manager Ruben Amorim ketika perlawanan Piala FA antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates, London, 12 Jan 2025. - REUTERS
RUBEN Amorim percaya Manchester United telah menunjukkan tanda-tanda kemajuan yang jelas dengan menyingkirkan Arsenal daripada Piala FA Inggeris, awal pagi tadi.
Amorim mengalami kekalahan pertama bersama United di Stadium Emirates pada awal bulan lalu sebelum membalas kekalahan itu dengan aksi sengit ketika bertandang ke laman seteru berkenaan.
Bruno Fernandes meletakkan pasukan pelawat di depan dalam babak kedua, namun sembilan minit kemudian Diogo Dalot menerima padah apabila mengutip kad kuning kedua sebelum Gabriel Magalhaes meledak gol penyamaan.
Altay Bayindir kemudian menyelamatkan sepakan penalti daripada Martin Odegaard, untuk penyandang juara itu mara ke pusingan keempat.
"Kadang-kadang kami mempunyai perasaan bahawa pada akhirnya semuanya akan menjadi baik-baik saja. Saya sudah berasakannya sejak awal separuh masa kedua, malah selepas penentuan sepakan penalti.
"Saya rasa Arsenal ini mungkin bukan hari untuk mereka. Saya sangat gembira dengan cara kami mengawal permainan tanpa bola.
"Kami bertahan dengan sangat baik, kami benar-benar kental dalam bola pegun. Ia adalah hari yang baik tetapi buat masa ini saya hanya memikirkan perlawanan seterusnya dan khuatir mengenainya.
"Kami berdepan pasukan yang hebat dan ia bukan sekadar 90 minit, ia lebih daripada itu dan saya berasa pemain benar-benar keletihan.
"Mereka memasukkan pemain baru, mereka mengawal permainan sepanjang masa, ia adalah sesuatu yang menuntut pengorbanan daripada barisan saya.
"Tetapi kami berhak untuk melepasi pusingan ini memandangkan kami menderita bersama-sama serta kami menunjukkan karakter, dan itu adalah perkara yang sangat mustahak."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Arsenal
#Piala FA
#Ruben Amorim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan