awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA hujung minggu ini jadi penentu nasib Louis Van Gaal di Old Trafford

Astro Arena
Astro Arena
20/05/2016
04:20 MYT
Piala FA hujung minggu ini jadi penentu nasib Louis Van Gaal di Old Trafford
Bersedia melakukan apa sahaja untuk pastikan trofi Piala FA kembali ke Old Trafford
"Biar main buruk, janji menang."
Itu strategi yang perlu diterapkan oleh pengendali, Louis van Gaal, apabila Manchester United membuat perhitungan dengan Crystal Palace dalam final Piala FA Inggeris.
Tatkala The Red Devils terlepas slot terakhir ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan yang diiringi beberapa persembahan kurang memuaskan, Van Gaal semakin tertekan menjelang final di Wembley.
Pengurus dari Belanda itu hampir pasti dipecat sekiranya United gagal menamatkan penantian 12 tahun untuk menjulang Piala FA dan gelaran domestik pertama sejak tiga tahun lalu.
Bagi Van Gaal, dia bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan trofi Piala FA menjadi milik penduduk Manchester.
"Prestasi kami berdasarkan pelbagai faktor yang berlainan. Perlawanan yang menarik memerlukan dua pasukan yang bersedia untuk menyerang.
"Kami mahu mempamerkan corak permainan yang baik, menjaringkan gol cantik tetapi kami sedar bahawa kemenangan 1-0 akan memberi kami trofi itu," kata Van Gaal.
Sementara itu, Crystal Palace mempunyai rekod yang amat mengecewakan berdepan United setelah tewas 15 kali dalam 20 perlawanan -- termasuk final Piala FA 1990 yang menyaksikan United mencetak kemenangan 1-0.
Pengendalinya, Alan Pardew, mahu barisan pemainnya menampilkan corak permainan 'street football' berdepan The Red Devils.
"Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk kami. Kami telah pun sampai ke final, kini masanya untuk menggengam trofi Piala FA," tegas Pardew.
Topic Berkaitan
#Louis van Gaal
#Manchester United
#Piala FA Inggeris 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan