awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2025
04:10 MYT
Piala FA Inggeris: Anak buah Ruud van Nistelrooy tunggu Manchester United
Reaksi Ruud van Nistelrooy selepas perlawanan EPL antara Aston Villa dan Leicester City di Villa Park, Birmingham, Britain, 4 Jan 2025. - Gambar fail/REUTERS
RUUD van Nistelrooy akan kembali ke Old Trafford bersama Leicester City, 8 Februari depan, selepas diundi bertemu Manchester United dalam pusingan keempat Piala FA Inggeris.
Pengurus dari Belanda itu pernah menjulang Piala FA bersama United pada 2004, bahkan sempat bertindak sebagai pengurus sementara The Red Devils berikutan pemecatan Erik ten Hag sebelum mengambil alih The Foxes.
United kendalian Ruben Amorim memulakan usaha mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan dramatik ke atas Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Emirates awal pagi tadi, biarpun bermain lebih sejam dengan 10 pemain selepas kad merah dipungut Diogo Dalot.
Dalam masa sama, kelab Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle, yang mengejutkan Brentford dalam pusingan ketiga akan menghadapi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.
Manchester City pula akan bertandang ke tempat lawan untuk menentang sama ada Leyton Orient atau Derby County, manakala Nottingham Forest dan Newcastle United masing-masing diundi bertemu Exeter City atau Birmingham City.
Aston Villa pula terbabit dalam pertembungan sesama wakil EPL, Tottenham, sambil Brighton akan melayani kunjungan Chelsea dan Everton menghadapi Bournemouth.
Ipswich Town dan Wolves pula akan diuji kelab Liga Kejuaraan, Coventry City dan Blackburn Rovers, manakala menghadapi sama ada Mansfield Town atau Wigan Athletic di tempat lawan.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Leicester City
#Piala FA
#Ruud van Nistelrooy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan