STATUS Liga Perdana tidak menghalang PKNS FC mencatat kemenangan besar manakala Kedah dan Perak turut mara ke pusingan separuh akhir Piala FA 2016.
Aksi di Stadium Hang Jebat menyaksikan PKNS FC mencipta kemenangan 3-2 (agregat 7-2) ke atas Sime Darby menerusi jaringan Gabriel Guerra, Ahmad Shakir Ali dan Juan Cobelli.Manakala, Kedah boleh berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 (agregat 3-2) menentang Sabah. Carlos Kahe menyempurnakan sepakan penalti seawal minit ke-22 sebelum Ummareng Bacok menyamakan kedudukan di Stadium Darul Aman.
Sementara itu, perlawanan antara Perak dan Kuala Lumpur menyaksikan The Bos Gaurus catat kemenangan 1-0 (agregat 2-0) menerusi gol penentu Nurridzuan Hassan di Stadium Selayang.
Saingan suku akhir kedua akan bersambung esok malam apabila Johor Darul Ta'zim cuba mempertahankan bekalan 1-0 sekali gus menyambut kunjungan PDRM di Stadium Larkin.