KUALA NERUS: Finalis musim lalu Terengganu FC (TFC) menepati ramalan apabila melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan FC 4-2 pada pertembungan suku akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini hari ini.
Beraksi di hadapan lebih 5,000 penonton, skuad tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad yang melakukan rembatan kencang dari dalam kotak penalti pada minit ke-17.
Skuad bimbingan Tomislav Steinbrukner terlepas peluang menggandakan jaringan selepas gol Ivan Mamut pada minit ke-28 dibatalkan pengadil kerana pemain import dari Crotia itu berada pada kedudukan ofsaid.
Bagaimanapun, kehampaan penyokong tuan rumah berjaya ditebus kembali oleh Ivan yang menghadiahkan gol kedua pada minit ke-41 hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti.
Skuad The Red Warriors, yang ketinggalan 0-2, tidak berputus asa apabila bangkit mengatur serangan dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi penyerang kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-45.
Pada babak kedua, giliran Sony Norde menjaringkan gol ketiga buat skuad Penyu pada minit ke-52 untuk menjarakkan kedudukan menjadi 3-1.
Kelantan kendalian Frank Bernhardt sekali lagi mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan penalti Ismaheel Akinade pada minit ke-64 selepas Shahrul Nizam Ros Hasni dipersalahkan pengadil kerana menarik baju Mario Blasco.
Seakan keputusan berakhir 3-2, pemain gantian TFC Syafiq Ismail menjaringkan gol keempat buat pasukan sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dengan menanti lawan antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023

Pemain Terengganu FC Muhammad Azam Azmi Murad (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol semasa menentang pasukan Kelantan FC pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak. - BERNAMA
Pantau Belanjawan 2023: CAEXPO 2023: Potensi produk F&B di pasaran antarabangsa
Sejauh mana potensi produk makanan dan minuman Malaysia berupaya menembusi pasaran luar negara? Perkongsian Pengerusi Eksekutif & Pengasas, Imperia Asia Group, Muhammad Tarmizie Bidin di China-ASEAN Expo baru-baru ini.

Tempahan kereta EV smart #1 kini dibuka secara rasmi
Proton dan smart Malaysia menandatangani MoA yang dipertingkatkan di Nanning, China hari ini dan akan menerima tempahan untuk kenderaan EV smart #1.

Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet
Tindakan Hamzah memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menarik perhatian warganet.

Atlet boling wanita negara peluk Islam
Nerosha Keligit Thiagarajan telah melafazkan dua kalimah syahadah untuk menjadi saudara baharu Islam pada Jumaat.

Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.

JDT pamer peningkatan mendadak ranking dunia
Johor Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan peningkatan mendadak dalam ranking kelab bola sepak dunia dan kini berada di ranking ke-447 dunia.

JDT pertahankan Piala FA, Johor cuti peristiwa esok
Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA, pada malam Sabtu.

JDT julang Piala FA, tundukkan KL City FC 2-0
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar rekod cemerlang dalam saingan Piala FA selepas menundukkan KL City FC 2-0 di pentas final.

Final Piala FA: KL City sedia ulangi episod duka 2021 buat JDT
Dua penjaring gol dalam perlawanan itu, Zhafri Yahya dan Paulo Josue, seakan-akan sudah memiliki formula terbaik bagi mengulangi kejayaan.

Final Piala FA: 750 pegawai, anggota polis pantau keselamatan
Pemantauan keselamatan dengan kerjasama marsyal stadium itu termasuk dalam memastikan kelancaran lalu lintas pada hari berkenaan.

Arif Aiman pemain terbaik Asia dalam pembikinan
Nama pemain sayap muda Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi mencuri tumpuan, selepas mencipta hatrik ketika JDT merakam kemenangan 4-0 ke atas Selangor FC pada aksi separuh akhir Piala FA, malam tadi.

Piala FA: Hatrik Arif Aiman pastikan JDT ke final dengan pesta gol ke atas Selangor
JDT menepati ramalan mara ke final Piala FA 2023 dengan berpesta gol 4-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Piala FA Inggeris: Ilkay Gundogan wira Manchester City benam seteru jiran
Kejayaan di Stadium Wembley itu menyaksikan juara EPL berkenaan mengesahkan trofi kedua mereka dalam misi melengkapkan gelaran 'treble'.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Juara EPL itu sebelum ini kelihatan mengalami masalah kecederaan pemain menjelang penentuan gelaran di Stadium Wembley berkenaan.

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag - Fernandes
Ten Hag kini berpeluang untuk menamatkan kempen dengan nota positif seandainya dapat memenangi piala domestik kedua.