awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Faisal Halim bantu Selangor benam TRW FC 2-1

Bernama
Bernama
19/01/2026
22:10 MYT
Piala Malaysia: Faisal Halim bantu Selangor benam TRW FC 2-1
Aksi pemain Selangor FC Faisal Halim ketika melakukan tendangan gol pada perlawanan Piala Malaysia menentang pasukan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim meledakkan dua gol untuk membantu skuad Gergasi Merah menewaskan The Real Warriors FC (TRW FC) 2-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 kempen Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-25 apabila Alexander Lyngbo menolak masuk bola hantaran lintang ke dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Selangor FC Kalamullah Hafiz.
Skuad Gergasi Merah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Muhammad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim pada minit ke-60 sebelum sekali lagi menjaringkan gol pada masa tambahan babak kedua.
Kemenangan itu memberikan kelebihan kepada Selangor FC untuk menghadapi perlawanan kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 23 Jan ini.
Sementara itu, aksi di Stadium UM Arena di Universiti Malaya menyaksikan Terengganu FC (TFC) mudah menewaskan tuan rumah UM-Damansara United 2-0.
Skuad penyu di bawah kendalian jurulatih Tengku Hazman Raja Hassan berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah seawal minit kelima menerusi pemain import dari Brazil Careca.
UM-Damansara United terus ditimpa malang apabila kapten pasukan Shivan Pillay tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-78 hasil satu sepakan percuma Terengganu, sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 buat pasukan pelawat.
Keputusan itu membolehkan TFC membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Muhammad Faisal Abdul Halim
#Selangor FC
#TRW FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan