awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdagangan Malaysia lepasi paras RM3 trilion walaupun berdepan ketidaktentuan global - MATRADE
Titah Agong wajar dijadikan 'peringatan' - Rais Yatim
Kerajaan Terengganu larang aktiviti persembahan jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur

Amanz
Amanz
20/01/2026
11:48 MYT
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Lebih separuh projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021 tidak aktif atau telah berkubur, dengan majoriti kegagalan berlaku pada 2025, di mana 11.6 juta projek kripto gagal dalam tempoh setahun. -Foto Amanz
KAJIAN terbaharu CoinGecko mendapati lebih separuh atau 53.2% projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021 kini tidak lagi aktif atau telah berkubur.

Ringkasan AI
  • Lebih separuh projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021 tidak aktif atau telah berkubur, dengan majoriti kegagalan berlaku pada 2025, di mana 11.6 juta projek kripto gagal dalam tempoh setahun, menjadikannya tahun paling buruk dalam sejarah aset digital.
  • Kemunculan platform seperti Pump.fun menyebabkan peningkatan mendadak projek 'mati' kerana memudahkan penerbitan token baharu tanpa kepakaran teknikal, melahirkan lambakan token berisiko tinggi termasuk projek memecoin yang terbiar selepas beberapa transaksi sahaja.
  • Di Malaysia, penawaran aset digital dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), membenarkan hanya projek yang disahkan beroperasi melalui platform seperti Luno, yang membantu mengurangkan risiko terdedah kepada projek token tanpa utiliti atau hala tuju pembangunan yang jelas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Laporan itu turut menunjukkan majoriti kegagalan berlaku pada 2025, dengan 11.6 juta projek kriptowang gagal dalam tempoh setahun, menjadikannya tahun paling buruk dalam sejarah aset digital.
Menurut analisis itu, peningkatan mendadak projek ‘mati’ didorong oleh kemunculan platform seperti Pump.fun, yang memudahkan penerbitan token baharu tanpa memerlukan kepakaran teknikal.
Ketersediaan platform sedemikian menyebabkan lambakan token berisiko tinggi, termasuk projek memecoin yang tidak mempunyai pelan pembangunan kukuh dan akhirnya terbiar selepas hanya beberapa transaksi.
CoinGecko juga merekodkan bahawa kegagalan projek tertumpu kepada lonjakan pembubaran pasaran pada suku keempat 2025, termasuk peristiwa “liquidation cascade” pada 10 Oktober yang menghapuskan kira‑kira AS$19 bilion posisi leveraj dalam tempoh 24 jam, sebelum melumpuhkan berjuta‑juta projek yang bergantung kepada momentum jangka pendek.
Di Malaysia, penawaran aset digital melalui platform tempatan adalah dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan hanya projek yang disahkan dibenarkan beroperasi melalui platform seperti Luno.
Pendekatan kawal selia ini membantu mengurangkan risiko orang ramai terdedah kepada projek token yang tiada utiliti atau tanpa hala tuju pembangunan sebenar. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah penemuan utama kajian terkini CoinGecko mengenai projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021? A: Lebih separuh atau 53.2% projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021 kini tidak lagi aktif atau telah berkubur menurut kajian CoinGecko.
  • Q: Apa yang menyebabkan peningkatan mendadak projek 'mati' dalam aset digital pada tahun 2025? A: Penyebab peningkatan mendadak projek 'mati' adalah disebabkan oleh kemunculan platform seperti Pump.fun yang memudahkan penerbitan token baharu tanpa kepakaran teknikal yang tinggi.
  • Q: Bagaimanakah lonjakan pembubaran pasaran pada suku keempat 2025 memberi kesan kepada projek kriptowang? A: Lonjakan pembubaran pasaran pada suku keempat 2025, termasuk peristiwa 'liquidation cascade', telah menghapuskan kira-kira AS$19 bilion posisi leveraj dalam tempoh 24 jam dan melumpuhkan berjuta-juta projek yang bergantung kepada momentum jangka pendek.

Topic Berkaitan
#kriptowang
#berkubur
#aset digital
#CoinGecko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan