awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Kedah, Terengganu, Selangor ke suku akhir

Bernama
Bernama
04/09/2014
00:21 MYT
Piala Malaysia: Kedah, Terengganu, Selangor ke suku akhir
Misi hidup mati Kedah akhirnya membuahkan hasil setelah berjaya menewaskan Perak 2-0 dalam Kumpulan B.
Kedah, Terengganu dan Selangor masing-masing menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2014 selepas menduduki dua tangga teratas kumpulan pada Rabu.
Misi hidup mati Kedah akhirnya membuahkan hasil setelah berjaya menewaskan Perak 2-0 dalam Kumpulan B seterusnya menafikan skuad 'The Bos Gaurus' itu bagi mengisi slot suku akhir dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Gol pertama Kedah hadir pada minit ke-71 menerusi tandukan Billy Mehmet Osman manakala dua minit kemudian Badrol Bakhtiar memberi kedudukan selesa buat Kedah dengan jaringan kedua.
Kedah muncul juara Kumpulan B dengan 10 mata keseluruhan diikuti Terengganu dengan sembilan mata.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, keputusan seri 0-0 menentang Sarawak sudah memadai untuk pasukan tuan rumah meneruskan perjuangan pada saingan seterusnya.
Di Stadium Shah Alam, Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 menentang T-Team menerusi jaringan tunggal pemain import Paulo Rangel pada minit ke-25. Skuad Gergasi Merah itu muncul naib juara Kumpulan D dengan punggutan 10 mata keseluruhan.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu meraih tiket ke suku akhir sekaligus muncul juara Kumpulan D dengan 16 mata.
Pada saingan terakhir peringkat kumpulan, PDRM menewaskan Sime Darby 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Sime Darby terdahulu membuka jaringan pada minit ke-7 menerusi sepakan penalti oleh pemain import Mateo Roskam manakala tiga gol PDRM dijaringkan Ashfaq Ali pada minit ke-23, Chad Charles Sauza (81) dan Bobby Gonzales (89).
Topic Berkaitan
#Kedah
#Perak
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan