awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: Pahang cuti peristiwa Isnin ini

Bernama
Bernama
02/11/2014
00:39 MYT
Piala Malaysia: Pahang cuti peristiwa Isnin ini
Cuti itu turut melibatkan pelajar yang bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia pada 3 November. - Foto Bernama
Kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sebagai menghargai kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari itu hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.
"Semua pelajar yang terlibat dengan SPM juga mesti menduduki peperiksaan terbabit," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini.
'Pengumuman ini mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya. GALERI FOTO: PERLAWANAN AKHIR PASUKAN TOK GAJAH DAN HARIMAU SELATAN
Pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang mengalahkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa tambahan 30 minit.
Kedua-dua pasukan gagal mengubah kedudukan itu dalam tempoh permainan sebenar 90 minit.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Adnan Yaakob
#MB Pahang
#Pahang
#Piala Malaysia 2014
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan