SUKAN
Piala Mandiri ASEAN B-23: Malaysia tumpaskan Melaka dengan kemenangan besar tapi ...

Pemain Skuad Bawah B23 negara Aiman Yusuf (tengah) diasak ketika perlawanan persahabatan menentang Melaka FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 8 Julai 2025. --fotoBERNAMA
MELAKA menjadi mangsa belasahan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara yang sedang melakukan persiapan menjelang Kejohanan Piala Mandiri ASEAN B-23 di Jakarta, Indonesia bermula 15 Julai ini.
Selepas menewaskan kelab Liga Super, PDRM, anak buah Nafuzi Zain mengekalkan rentak kecemerlangan dengan menundukkan Melaka 4-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
Satu lagi keputusan positif berjaya dihasilkan menandakan ramuan dan strategi barisan kejurulatihan berjalan lancar, termasuk memerhatikan kemampuan pemain untuk merebut tempat dalam pasukan.
Dalam aksi tersebut, dua jaringan disumbangkan penyerang muda berbisa, Fergus Tierney, manakala satu gol masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Aliff Izwan Yuslan dan Faris Danish.Namun, terdapat kegusaran yang melanda pengendali Harimau Muda itu pada akhir permainan.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sekitar empat pemain dilaporkan cedera, tetapi belum dipastikan tahap sebenar keadaan empat tonggak tersebut.
Tambahnya, hasrat untuk mengecilkan skuad 30 pemain terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu dengan menilai pemain lain.
Selepas ini, Malaysia akan berdepan satu lagi aksi pemanas badan bertemu Negeri Sembilan sebelum bertolak ke negera seberang bagi menghadapi kejohana sebenar.
Harimau Muda diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina dan Brunei, sementara Indonesia sebagai tuan rumah menjadi halangan terakhir untuk mara ke peringkat seterusnya.
Untuk rekod, skuad kendalian Nafuzi Zain itu tidak pernah memenangi pertandingan itu, namun pencapaian terbaik adala menduduki tempat keempat pada 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami