BANGKOK: Skuad sepak takraw negara menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan Kumpulan B Divisyen Premier acara beregu berpasukan lelaki di Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di sini pada Khamis.
Regu pertama negara dibarisi Zulkifli Razak, Norhaffizi Razak dan Amirul Zazwan Amir bermula dengan langkah kanan apabila mengutip mata pertama setelah membenam Muhammad Reza, Muhammad Hardiansyah Muliang dan Rusdi 21-14, 21-16.
Rentak cemerlang pasukan negara diteruskan Ahmad Aizat Nor Azmi, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi selepas menewaskan Abdul Halim R, Jelki Ladada dan Hendra Pago 24-22, 21-12 untuk mata kedua.
Muhammad Haziq Hairul Nizam, Mohd Hafizul Hayazi Adnan dan Farhan Adam mengesahkan kemenangan skuad negara selepas menewaskan Ariska Meza, Rezanop K dan M. Hafis 21-13, 21-13.
Jurulatih kebangsaan Mohd Rashidi Nordin mengakui skuad regu negara perlu memperbaiki banyak perkara terutama dari segi servis sebelum menentang pasukan Korea Selatan pada Sabtu.
"Ketiga-tiga regu ini telah mempamerkan pertahanan memuaskan namun mereka perlu tingkatkan servis.
"Pasukan Korea Selatan dijangka membariskan pemain sama. Maka, kita akan membuat persiapan dan mengatur strategi untuk memastikan skuad negara mencatat kemenangan," katanya.
Mohd Rashidi berkata kememangan ke atas pasukan Korea Selatan penting untuk memastikan Malaysia dapat mengelak berdepan Thailand yang dijangka muncul juara Kumpulan A.
Sementara itu, kem wanita negara turut mencatat kemenangan selepas Siti Norzubaidah Che Ab Wahab dan Nur Fatihah Sharudin menewaskan pasangan Nepal 21-6, 21-11 dalam acara beregu.
Pada pertemuan dengan Iran pada Khamis, skuad wanita negara Siti Norzubaidah bergandingan dengan Kamisah Khamis menewaskan Iran 21-8 dan 21-9 untuk muncul naib juara Kumpulan B.
Anak didik Ahmad Mohd Zin dijadual berdepan juara Kumpulan A, Indonesia dalam peringkat akhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Antara aksi menarik Malaysia menentang Indonesia dalam saingan Kumpulan B Divisyen Premier acara beregu berpasukan lelaki di Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai. - Foto Sinar Harian
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Piala Raja Thai: Malaysia kalahkan Indonesia 3-0
Skuad sepak takraw negara menampilkan aksi cemerlang apabila menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan Kumpulan B Divisyen Premier.