awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sudirman: Malaysia tewas kepada Taiwan

Bernama
Bernama
19/05/2013
15:46 MYT
Piala Sudirman: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia mempamer aksi mengecewakan pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 apabila tewas mengejut 2-3 kepada pilihan 9/12, Taiwan di Stadium Putra, Bukit Jalil hari ini.
Skuad badminton negara yang diletak selaku pilihan ke-3/4 kejohanan menerima kejutan awal selepas beregu lelaki nombor tiga dunia Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kalah 18-21 dan 18-21 kepada pasangan pecahan Taiwan Lee Sheng Mu dan Tsai Chia Hsin.
Juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia 2013 Tai Tzu Ying memberi mata kedua untuk Taiwan selepas mengalahkan pemain negara Sonia Cheah Su Ya 21-7 dan 21-13.
Perseorangan lelaki nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, yang mengetuai cabaran skuad negara pada edisi ke-13 kali ini, bangkit menghadiahkan mata pertama untuk Malaysia selepas menundukkan Yang Chih Hsun 21-8 dan 21-13.
Taiwan memastikan kemenangan mutlak ke atas Malaysia apabila beregu wanita mereka Cheng Wen Hsing dan Hsieh Pei Chen mengalahkan Vivien Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei 21-17 dan 21-19.
Beregu campuran nombor lima dunia Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menyelamatkan maruah skuad badminton negara daripada terus tercalar selepas menewaskan gandingan Lu Ching Yao dan Lai Chia Wen 25-23 dan 21-11.
Malaysia kini perlu mengharapkan 'belas ihsan' Jerman untuk mengalahkan Taiwan esok selain perlu mencatat kemenangan ke atas pasukan Eropah itu pada aksi terakhir Kumpulan C pada Selasa jika berhasrat menempah slot ke suku akhir.
Terdahulu, juara lapan kali kejohanan China menewaskan India 5-0 dalam saingan Kumpulan A bagi mengungguli tangga teratas dengan pungutan dua mata.
Juara sulung kejohanan Indonesia, yang turut menghuni Kumpulan A, bakal turun ke gelanggang buat pertama kali bertemu India esok sebelum menamatkan aksi pusingan awal berentap dengan China pada Selasa.
Dalam saingan Kumpulan B, Thailand mencatat kemenangan 3-2 ke atas Hong Kong untuk mendahului kumpulan itu dengan pungutan dua mata.
Hong Kong berdepan cabaran getir pada aksi kedua Kumpulan B esok apabila dijadual bertemu juara tiga kali Korea, yang turut diundi dalam kumpulan sama.
Korea pula bakal meneruskan aksi terakhir pusingan awal menentang Thailand, Selasa ini.
Naib juara Eropah Denmark, yang mengetuai cabaran Kumpulan D, pula mudah menjinakkan Singapura 4-1 sekali gus mendahului kumpulan itu dengan pungutan dua mata.
Singapura bakal turun pada perlawanan terakhir menentang Jepun esok manakala Denmark pula menentang Jepun, Selasa ini bagi menentukan kedudukan akhir kumpulan berkenaan.
Sejumlah 30 pasukan menyertai edisi ke-13 kejohanan tahun ini, dan daripada jumlah itu, 12 bersaing merebut kejuaraan manakala bakinya slot tunggal ke divisyen satu dan dua.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Piala Sudirman
#Taiwan
#tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan