awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Sultan Johor, Malaysia atasi Jerman 3-2

Bernama
Bernama
12/11/2012
03:31 MYT
Piala Sultan Johor, Malaysia atasi Jerman 3-2
Malaysia memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Johor dengan langkah kanan apabila menundukkan Jerman 3-2 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru.
Malaysia, yang menampilkan permainan berhati-hati pada babak pertama, menerima padah apabila Jerman menyumbat dua gol menerusi jaringan sudut penalti oleh Tom Grambusch pada minit ke-18 dan Tompertz Moritz pada minit ke-23.
Ketinggalan 2-0 pada babak pertama ternyata tidak melemahkan semangat pasukan kendalian jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah apabila bangkit mengubah taktik perlawanan pada separuh masa kedua.
Perubahan taktik permainan mula membuahkan hasil apabila Mohd Syamin Yusof merapatkan jurang jaringan pada minit ke-38 sebelum kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim menyamakan kedudukan pada minit ke-49.
Malaysia terus melakukan asakan ke benteng pertahanan Jerman yang dilihat semakin goyah pada minit-minit terakhir perlawanan sebelum Muhammad Ramdhan Rosli muncul wira skuad negara dengan jaringan pada minit ke-67.
Malaysia akan menentang New Zealand Isnin.
Sebelum itu, dalam perlawanan pembukaan, pasukan Pakistan gagal mengekalkan kedudukan selesa 3-0 pada babak pertama sebelum New Zealand bangkit menyamakan kedudukan 3-3 pada sepenuh masa.
Dalam perlawanan kedua pula, India melakukan kejutan apabila mengalahkan naib juara Australia 2-0.
Isnin, Australia akan menentang Pakistan pada pukul 4.05 petang manakala India bertemu Jerman pada pukul 6.05 petang.
Kejohanan edisi kedua itu disertai oleh enam pasukan iaitu tuan rumah Malaysia, India, Pakistan, Jerman, Australia dan New Zealand.
Topic Berkaitan
#Bawah 21
#hoki
#Jerman
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan