awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen

Bernama
Bernama
27/04/2024
13:14 MYT
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit. - Bernama
CHENGDU: Pemain perseorangan kedua Denmark, Anders Antonsen berharap rakan sepasukannya tidak memandang rendah 'ancaman' Malaysia menjelang pertemuan terakhir Kumpulan D pada saingan Piala Thomas 2024 di sini, Selasa ini.
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', penyandang juara Terbuka Malaysia 2024 itu masih menjangkakan saingan sengit pada kejohanan kali ini di Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu di sini.
"Saya tidak sabar untuk perlawanan sukar menentang Malaysia dan pasti ia akan menyeronokkan dan kami akan melakukan yang terbaik," katanya pada sidang media selepas jaguh Eropah 2024 itu dengan mudah membenam Algeria 5-0 pada perlawanan pertama mereka di sini hari ini.
Antonsen hanya mengambil masa 26 minit untuk menyumbang mata kedua Denmark apabila dengan mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-13, 21-12.
Walaupun menang selesa ke atas Sabri, Antonsen, yang kini pemain keempat terbaik dunia, menyuarakan rasa tidak puas hati dengan prestasinya.
"Sejujurnya, perlawanan hari ini bukanlah aksi terhebat saya dan pastinya perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya," katanya.
Terdahulu, Malaysia turut melakarkan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan pembukaan.
Esok, Denmark akan menentang Hong Kong pada jam 1 tengah hari manakala Malaysia berdepan Algeria pada jam 6 petang.
Dua pasukan tertas kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir bermula 2 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Thomas
#Malaysia
#Denmark
#Anders Antonsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan