BANGKOK: Malaysia mara ke suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Amerika Syarikat 5-0 dalam aksi Kumpulan D, sebentar tadi.
Semalam, skuad negara membuka tirai kempen di Bangkok, Thailand dengan mengetepikan cabaran England 5-0.
Jepun yang turut merekodkan kemenangan ke atas AS dan England bakal mengikut jejak langkah Malaysia ke suku akhir dan pertembungan antara dua pasukan itu bakal menentukan juara dan naib juara kumpulan.
Malaysia mengambil percaturan berbeza dalam perlawanan kali ini apabila merehatkan pemain perseorangan, Lee Zii Jia, dan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Liew Daren turun sebagai pengganti Zii Jia tidak berdepan masalah menyumbang mata pertama menerusi kemenangan ke atas Enrico Asuncion 21-13, 21-16 sebelum Ng Tze Yong melebarkan kedudukan buat skuad negara dengan menewaskan Don Henly Averia 21-11, 21-9.
Pemain muda, Aidil Sholeh Ali Sadikin yang diberi kepercayaan menggalas tugas selaku perseorangan ketiga tidak mengecewakan apabila menang dalam penampilan pertamanya di kejohanan berpasukan itu selepas menewaskan Wiiliam Hu 21-16, 21-17.
Goh Sze Fei-Chia Weijie menewaskan Andrian King Sun Mar-Henry Tang 21-12, 21-8 sebelum Teo Ee Yi-Ong Yew Sin melengkapkan kemenangan skuad negara dengan menundukkan Enrico -William 21-16, 21-8.
Astro Arena
Tue May 10 2022

Pemain badminton perseorangan negara Liew Darren ketika menentang pemain dari Amerika Syarikat Enrico Asunsion pada Kejohanan Piala Thomas di Impact Arena hari ini. - Foto BERNAMA

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Ibu Maut | Dipercayai anak tikam leher ibu
Seorang warga emas maut dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang juga pesara guru ditemukan di dalam bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.

India cipta sejarah menang Piala Thomas buat kali pertama
India mencipta sejarah hari ini apabila merangkul kejuaraan Piala Thomas buat pertama kali sejak Piala Thomas diasaskan pada 1948.

Piala Thomas: Rexy jelaskan pilih Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai beregu pertama
Beregu nombor 13 dunia itu dipilih kerana mereka berjaya melaksanakan peranan dalam saat penting ketika berdepan Jepun.

Piala Thomas: Pemain Malaysia telah lakukan yang terbaik - Ahmad Faizal
Pemain telah lakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Piala Thomas: Jun Hao terkedu kekalahan mengejut Malaysia
Jun Hao mengalami kekalahan straight set kepada Prannoy HS 13-21, 8-21 dalam persaingan sengit pada Khamis.

Piala Thomas: Malaysia tersingkir di tangan India
Skuad badminton lelaki negara terkandas dalam suku akhir Piala Thomas 2022 selepas tewas 2-3 kepada India di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.

Piala Thomas: Malaysia bertemu India dalam suku akhir
Malaysia akan berhadapan Korea Selatan atau Denmark sekiranya layak ke separuh akhir.

Piala Thomas: Malaysia tewaskan Jepun untuk muncul juara Kumpulan D
Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam skuad negara ke atas kekalahan 1-4 ketika bertemu juara 2014 itu pada edisi peringkat kumpulan sebelum ini di Aarhus, Denmark.

Piala Thomas: Malaysia satu pasukan kuat - Momota
Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022.

Piala Thomas: Malaysia mara ke suku akhir, tewaskan AS 5-0
Malaysia mara ke suku akhir Piala Thomas selepas menewaskan Amerika Syarikat 5-0 dalam aksi Kumpulan D, sebentar tadi.

Piala Thomas: Malaysia tundukkan England 5-0 bagi kumpulan D
Malaysia memulakan langkah positif bagi Piala Thomas 2022 apabila berjaya membenamkan England 5-0 pada pusingan pembukaan kumpulan D di Bangkok pada Isnin.