MALAYSIA 2 DENMARK 3
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan yang sudah menjamin tiket ke pusingan kalah mati di Chengdu, China, itu bagaimanapun saling memberi tentangan bagi memastikan setiap mata cukup berharga.
Apa pun, jaguh dari Eropah itu terlebih dahulu membuka langkah positif menerusi kemenangan Viktor Axelsen ke atas Lee Zii Jia dalam pertarungan straight set 21-16, 24-22.
Kehampaan itu kemudian ditebus beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang terpaksa bangkit menerusi aksi tiga set untuk kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.
Begitupun, Denmark yang diumumkan sebagai penganjur edisi 2026 kembali mendahului 2-1 dengan kehandalan Anders Antonsen yang mudah mengatasi Leong Jun Hao 21-14, 21-10.
Malaysia kembali menyalakan harapan untuk mendominasi peringkat kumpulan selepas Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengerahkan keringat untuk menundukkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 23-21, 22-20 dalam tempoh 50 minit.
Di kedudukan 2-2, tumpuan beralih kepada pemain muda negara, Justin Hoh, yang menggalas tanggungjawab mencapai mata kemenangan.
Jelas Rasmus Gemke menepati ramalan untuk menguasai pertemuan dua darjat itu -- jurang 200 anak tangga di ranking dunia -- dengan menguasai set pertama 21-13.
Justin yang bagaikan mendapat semangat baru untuk menawan set kedua 21-19 tapi momentum itu gagal diteruskan dalam set penentuan 13-21.
Astro Arena
Tue Apr 30 2024
Kedua-dua pasukan yang sudah menjamin tiket ke pusingan kalah mati di Chengdu, China, itu bagaimanapun saling memberi tentangan bagi memastikan setiap mata cukup berharga. - Gambar Stadium ASTRO
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Piala Thomas: Malaysia muncul naib juara Kumpulan D
Malaysia melolosi Kumpulan D Piala Thomas selaku naib juara apabila tunduk 2-3 kepada Denmark, sebentar tadi.
Sukan Asia Hangzhou: Speedy Tigers belasah Oman 11-1
Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak kemenangan dalam misi memburu pingat emas sulung di Sukan Asia, dengan membelasah Oman 11-1.