HANGZHOU: Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak kemenangan dalam misi memburu pingat emas sulung di Sukan Asia, dengan membelasah Oman 11-1 di Stadium Taman Sukan Gonshu Canal, hari ini.
Penyerang Mohd Ashran Hamsani, 28, turut mencetak nama sebagai wira hatrik pada perlawanan kedua Kumpulan B itu.
Pada aksi hari ini, Malaysia yang berada di ranking ke-10 dunia, tidak menunggu lama untuk berada di hadapan menerusi jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketiga.
Pakar pukulan sudut itu, kemudian menggandakan jaringan selepas melengkapkan pukulan penalti pada minit ke-11, manakala jaringan gol padang Mohd Ashran pada minit ke-14 dan Shello Silverius pada minit ke-18 meletakkan Malaysia di kedudukan selesa 4-0.
Skuad Speedy Tigers yang terus menguasai aksi bagaimanapun tidak dapat menghalang gawang negara daripada dibolosi apabila Fahad Al Lawati menjaringkan gol pada minit ke-23, selepas Azrai Aizad Abu Kamal dihantar ke sin bin akibat dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain lawan.
Percubaan Oman, yang menduduki ranking ke-29 dunia, seolah-olah menjolok sarang tebuan apabila skuad kendalian A. Arulselvaraj tampil lebih garang untuk meledak jaringan menerusi Faizal Saari (minit ke-26), Azrai Aizad (29) dan Mohd Ashran (30) untuk mendahului 7-1.
Bersambung suku ketiga, skuad Speedy Tigers tanpa belas kasihan, terus menambah derita buat Oman menerusi jaringan Najmi Farizal Jazlan (34), Mohd Ashran (35), Azrai Aizad (36) dan Faizal (39), dengan tiada sebarang jaringan dilakukan pada suku terakhir.
Ia merupakan kemenangan terbesar Malaysia ke atas Oman dalam lapan pertemuan sejak 2013, dengan skuad Speedy Tigers pernah mencatatkan kemenangan 7-0 masing-masing pada Piala Asia 2022, Sukan Asia 2018 dan pusingan kedua Liga Hoki Dunia 2014/15.
Mengulas mengenai aksi berkenaan, Arulselvaraj yang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bagaimanapun berkata skuad bimbingannya perlu meningkatkan dari segi teknikal selepas tidak dapat memnjaringkan gol pada suku keempat.
"Satu lagi kemenangan besar, dengan kita dah lengkapkan jaringan gol padang, pukulan sudut penalti dan pukulan penalti, ketiga-tiganya. Kebimbangan utama saya bukanlah mengenai jaringan, tapi memastikan para pemain tidak mengalami kecederaan. Saya gembira kerana tiada kecederaan berat dialami pemain.
"Pada aksi menentang Indonesia nanti, kita perlu melakukan sesuatu dengan betul kerana bukan tentang dengan siapa kita bermain tetapi bagaimana cara kita bermain. Kita bermain cara kita dan perlu meneruskan apa yang baik dalam perlawanan seterusnya," katanya.
Selepas membuka kempen dengan kemenangan 9-0 ke atas Thailand dua hari lepas, Malaysia berjaya meraih enam mata penuh selepas dua perlawanan.
Skuad negara akan berdepan Indonesia pada Khamis, diikuti aksi menentang Korea Selatan (Ahad) dan melengkapkan saingan peringkat kumpulan menentang tuan rumah, China pada Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Ia merupakan kemenangan terbesar Malaysia ke atas Oman dalam lapan pertemuan sejak 2013. - Foto Stadium Astro
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Speedy Tigers dalam fasa penting persiapan capai impian emas Sukan Asia
Tumpuan kali ini adalah perkara yang perlu diperhalusi termasuk pukulan sudut penalti dan aspek teknikal yang perlu dimantapkan.
Siri jelajah: Malaysian Tigers ikat Korea Selatan
Skuad hoki lelaki negara memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon hari ini.