awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pirlo mungkin tidak lagi dipanggil untuk perkuat pasukan Itali

Astro Arena
Astro Arena
10/11/2015
08:00 MYT
Pirlo mungkin tidak lagi dipanggil untuk perkuat pasukan Itali
Jurulatih skuad Azzuri, Antonio Conte mengakui Pirlo mungkin terlalu berusia untuk mewakili Itali dalam Euro 2016. - Gambar fail
PASUKAN Itali perlu bersedia beraksi tanpa pemain tengah yang kaya pengalaman, Andrea Pirlo yang tiada dalam senarai terbaru bagi aksi persahabatan bertemu Belgium dan Romania.
Jurulatih skuad Azzuri, Antonio Conte mengakui Pirlo, 37, mungkin terlalu berusia untuk mewakili Itali dalam Euro 2016, dan beliau perlu segera memikirkan soal penggantinya dan pendekatan yang baru.
Pirlo hanya beraksi dalam tiga perlawanan Kelayakan Euro 2016 sahaja, dan dipinggirkan dalam senarai terbaru kerana kurang terlibat dengan aksi kompetitif dan kali terakhir bermain untuk New York City pada 25 Oktober.
Sementara itu dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018, Angel Di Maria berharap Gonzalo Higuain mampu menyerlah menjelang aksi pertemuan Argentian dengan Brazil dan Colombia.
Di Maria menaruh keyakinan sentuhan Higuain cukup penting bagi mengakhiri masalah kebuntuan gol mereka dengan ketiadaan Lionel Messi dan Sergio Aguero.
Anak buah Gerardo Martino mengalami kekalahan kepada Ecuador sebelum sekadar seri dengan Paraguay dalam dua perlawanan awal Kelayakan Piala Dunia 2018.
Sejak gagal dalam sepakan penalti ketika Chile mengalahkan Argentina dalam Copa America 2015, Higuain dipinggirkan, tapi dia kembali menjadi perhatian apabila meledakkan sembilan gol dalam 11 perlawanan dalam kancah Serie A bersama Napoli musim ini.
"Saya gembira kembalinya Pipa (Higuain), dia mengharungi musim yang baik bersama Napoli.
"Saya harap dia mampu meneruskan sentuhannya di sini. Saya harap dia mampu menjaringkan gol untuk kami, sesuatu yang kami kehilangan," tegas Di Maria.
Topic Berkaitan
#Andrea Pirlo
#Euro 2016
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan