awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keadaan kembali tenang selepas seminggu kekacauan - Ketua Polis Iran
China, Kanada perbaharui perjanjian pertukaran mata wang
Keputusan awal tunjuk Museveni mendahului Pilihan Raya Presiden Uganda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Esports KL FIFA20 tawar hadiah terkumpul RM5,000

Bernama
Bernama
13/04/2020
21:12 MYT
PKP: Esports KL FIFA20 tawar hadiah terkumpul RM5,000
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa (tengah) merupakan penaung My Game On Stay At Home. - Facebook/Persatuan Esports Kuala Lumpur
Siri kedua cabaran esport My Game On Stay At Home akan diadakan tidak lama lagi selepas kejayaan siri pertamanya baru-baru ini.
Kejohanan anjuran bersama Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Gamesbond dan Living Mind itu turut disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa selaku penaung.
Presiden ESKL Hisham Darus berkata kejohanan FIFA20 kategori konsol itu dijangka dapat menarik penyertaan antara 500 hingga 1,000 peserta dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10.
"Bagi mengelakkan orang ramai terutama anak muda ke sana, ke sini, kejohanan ini diharapkan mampu mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.
"Ini salah satu langkah untuk membantu kerajaan yang menggesa orang khususnya belia agar duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus memutuskan rantaian COVID-19," katanya dalam satu kenyataan.
Hisham berkata kejohanan FIFA20 adalah kesinambungan daripada penganjuran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) yang dilancarkan baru-baru ini.
Selain hadiah terkumpul bernilai RM5,000, kejohanan yang boleh ditonton secara langsung di laman media sosial Gamesbond dan ESKL itu, turut menawarkan hadiah barangan eksklusif FAM dan tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Gamesbond di talian +6013 281 3963 dan +6012 517 9320 atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Belia
#COVID-19
#duduk rumah
#ESKL
#esports
#FAM
#FIFA20
#Hisham Darus
#KBS
#media sosial
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#stay at home
#sukan
#sukan elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan