awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
Kekosongan 3 DUN: "Harap jangan sampai PRK diadakan" - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Aktiviti sukan 'indoor' dicadang untuk dibenarkan dengan syarat patuh SOP

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/10/2020
14:12 MYT
PKPB: Aktiviti sukan 'indoor' dicadang untuk dibenarkan dengan syarat patuh SOP
Datuk Seri Reezal Merican (kiri) melakukan tinjauan ke fasiliti sukan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan maklum balas pemain industri sukan dan rekreasi yang terpaksa menutup fasiliti sukan akibat PKPB. - KBS
KUALA LUMPUR:Kesemua aktiviti sukan dicadang dapat dibenarkan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti penjarakan fizikal 1-3 meter untuk aktiviti statik manakala 3-5 meter untuk aktiviti dinamik.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican berkata, pihaknya telah memohon agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat memberikan pertimbangan supaya aktiviti sukan dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Saya telah menyuarakan keresahan ke peringkat tertinggi termasuklah menulis surat dan bercakap dengan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ini supaya pihak MKN dapat beri pertimbangan supaya aktiviti berkaitan industri sukan dikategorikan di bawah sektor ekonomi dan membenarkan operasi fasiliti sukan dan rekreasi indoor mengikut SOP yang ditetapkan.
“Ini secara langsung masih dapat memastikan tiada kontak (tiada sentuhan badan) dalam aktiviti sukan dan rekreasi yang dilaksanakan.
“Cadangan SOP tersebut telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Teknikal MKN pada 15 Oktober 2020 lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MKN,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan ke tiga buah fasiliti sukan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan maklum balas pemain industri sukan dan rekreasi yang terpaksa menutup fasiliti sukan akibat PKPB.
Terdahulu, kerajaan memutuskan bahawa semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan di kawasan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Ia termasuk dengan sukan indoor seperti padang bola sepak komersial, dewan badminton, gelanggang futsal dan gimnasium, dalam tempoh pelaksanaan PKPB ini.
Lantaran itu, terdapat aduan daripada pihak industri yang melahirkan keresahan bahawa larangan PKPB ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian dan impak kewangan serta sekali gus menjejaskan kelangsungan operasi industri sukan secara keseluruhan.
BACA: PKPB: Taman awam, fasiliti sukan seliaan DBKL ditutup kepada awam
Topic Berkaitan
#Reezal Merican
#Menteri Belia dan Sukan
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#kebenaran aktiviti sukan
#keselamatan
#Majlis Keselamatan Negara
#operasi
#aktiviti sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan