awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap tahniah Harimau Malaya naib juara Piala Raja Thailand

Bernama
Bernama
26/09/2022
04:05 MYT
PM ucap tahniah Harimau Malaya naib juara Piala Raja Thailand
Harimau Malaya tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, malam tadi. - Facebook Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Piala Raja Thailand dalam aksi di Chiang Mai, malam tadi.
Perdana Menteri berkata beliau yakin skuad bimbingan Kim Pan Gon telah mempamerkan aksi terbaik dan Keluarga Malaysia akan terus menjadi penyokong kuat pasukan kebangsaan.
"Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini (malam Ahad)!
"Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang," katanya menerusi hantaran di Facebook lewat malam tadi.
Harimau Malaya tewas kepada Tajikistan 0-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, sekali gus gagal menamatkan kemarau 44 tahun merangkul kejuaraan itu.
Terdahulu, setelah 90 minit aksi berlangsung tanpa jaringan, menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#piala raja thailand
#naib juara
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan