YOODO sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile menganjurkan PMCC edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi.
Yang lebih menarik adalah juara turut mendapatkan slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022.
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata pemain akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul dan ini memberi peluang kepada pelajar yang menyertai dapat merasakan perlawanan secara kompetitif dengan pasukan dari campus lain.
Pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sesi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober dan 14 November 2021.
“Kami berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG MOBILE dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan,” katanya.
PMCC tahun ini juga menyaksikan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2020 kembali pada tahun ini.
Inisiatif ini memberi peluang kepada para pengulas yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memulakan karier masing-masing dalam bidang e-sukan, dan dalam masa yang sama turut menyokong matlamat utama Yoodo untuk memupuk bakat rakyat Malaysia.
Yoodo turut menyokong bakat tempatan dengan pencarian duta kampus PMCC 2021.
“Pelajar-pelajar berbakat yang memenuhi ciri-ciri sebagai ikon PMCC 2021 boleh menghantar penyertaan melalui video pengenalan untuk disenaraikan,” katanya.
Pendaftaran untuk PMCC 2021 kini dibuka.
eGG Network
Sat Oct 16 2021
Yang lebih menarik adalah juara turut mendapatkan slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Kerajaan mahu pastikan ekosistem e-sukan lebih mampan dan inklusif - Reezal Merican
Industri e-sukan dilihat mampu menjana ekonomi, dan pada masa yang sama melahirkan bakat terkenal tempatan ke persada antarabangsa.
E-sukan bantu bentuk modal seimbang di kalangan pelajar - Muslimin Yahaya
Pertandingan e-sukan boleh memandu generasi muda bermain sukan itu secara positif tanpa mengabaikan pelajaran
Keganasan tidak ada kaitan dengan permainan PUBG - Syed Saddiq
Permainan dalam talian termasuk PlayerUnknown's Battleground (PUBG) tidak wajar dikaitkan dengan unsur keganasan seperti yang berlaku di Christchurch, New Zealand baru-baru ini, kata Menteri Belia dan
SKMM diminta main peranan kawal permainan video berunsurkan perang
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta untuk memainkan peranan atas permainan video dalam talian berunsurkan peperangan.
Sukma 2018: E-sukan menembak, pertempuran perlu ditonjolkan
Ada dalam kalangan komuniti e-sukan mencadangkan supaya permainan seperti PUBG, CSGO dan Tekken ditonjolkan dalam acara 'Esports Experience' Sukma 2018.
Dah tua pun main 'game'?
Adakah usia memainkan peranan penting untuk menjadi atlet e-sukan?
PUBG: Harapan wakil negara mungkin musnah dek masalah visa
Haarapan atlet e-sukan John Choo untuk wakil negara sejak 17 tahun lalu mungkin tidak kesampaian apabila permohonan visanya ditolak baru-baru ini.
PUBG: Skuad duo Malaysia layak ke kejohanan dunia, rebut wang terkumpul RM1 juta
John Choo Teck Chuan dan Mun Yin Wai bakal ke Seattle, Amerika Syarikat untuk bersaing dengan 79 pasukan terbaik dunia, rebut hadiah wang terkumpul RM 1 juta.
Lepas main PUBG bersama baru tahu duduk sekampung!
Pasukan GANK.FTY bakal ke saringan peringkat Asia Tenggara di Thailand bagi merebut slot ke Kejohanan Dunia PUBG Global Invitational 2018 yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.9 juta.
PUBG: 'The Face Gaming' sedia gegarkan Australia, rebut wang terkumpul RM448,000
Pasukan 'The Face Gaming' berharap dapat mengharumkan nama Malaysia dalam e-sukan PlayerUnknown's Battlegrounds.