awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2024
04:59 MYT
Polis buru penyokong rosakkan pagar Stadium MBPJ
Kerosakan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong. -Astro Arena
KUALA LUMPUR: Tular di media sosial baru-baru ini berita mengenai pintu masuk di Stadium MBPJ yang mengalami kerosakan akibat perbuatan segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan kejadian berlaku sejurus selepas pertemuan naib juara Liga Super 2023, Selangor dengan pasukan pelawat, Negeri Sembilan, pada Ahad yang dihadiri lebih 10,000 peminat tempatan, lapor Astro Arena.
Berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial, beberapa individu dipercayai penyokong pasukan pelawat dilihat berang setelah didakwa dihalang keluar dari stadium berkenaan.
Keadaan ini mendorong mereka bertindak ganas dan merosakkan pintu masuk arah selatan stadium itu untuk keluar.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pada itu telah membuka siasatan dan sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly dilapor berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada 10.15 pagi Isnin berhubung kejadian dan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia telah dibuka.
"Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Stadium MBPJ
#pintu masuk stadium
#penyokong tidak bertanggungjawab
#roboh pagar stadium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan