Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di dalam stadium selepas tamat perlawanan.
"Siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan dan polis memandang serius terhadap isu keselamatan semua pihak termasuklah penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium.
"Sementara siasatan dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
BACA: KL2017: Indonesia bantah insiden baling mercun, KJ diserbu
Dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam, Ketua Jurulatih Indonesia Luis Milla Aspas mendakwa beberapa pemainnya cedera akibat terkena mercun yang didakwa dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika sedang memanaskan badan.
Sementara itu dalam satu lagi kenyataan, Shafien berkata pihaknya sedang mengesan sekumpulan suspek yang didakwa memukul penyokong pasukan Indonesia di perkarangan hentian bas di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini kira-kira 3.45 pagi tadi.
Malaysia menumpaskan Indonesia dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan berkenaan dan bakal berdepan juara bertahan, Thailand, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
Pegawai pasukan Indonesia dilihat cuba menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Stadium Shah Alam malam tadi bagi melahirkan bantahan terhadap apa yang disifatkan mereka insiden membaling mercun sewaktu perlawanan. Foto Astro AWANI
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Warga asing dicekup bersama pelbagai jenis mercun
Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam, suspek warga Indonesia diberkas bersama pelbagai jenis mercun.
Polis sahkan terima laporan berhubung insiden perlawanan Malaysia-Indonesia
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di dalam stadium selepas tamat perlawanan.